Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Calon GE2025 gigih mahirkan diri dalam bahasa kaum lain

Apr 25, 2025 | 3:43 PM
Keupayaan bertutur dalam bahasa selain Inggeris dan bahasa ibunda masing-masing merupakan salah satu sandaran (dari kiri) Cik Bernadette Giam, Encik Harpreet Singh dan Cik Hazlina Halim, dalam mendekati penduduk daripada kaum berbeza.
Keupayaan bertutur dalam bahasa selain Inggeris dan bahasa ibunda masing-masing merupakan salah satu sandaran (dari kiri) Cik Bernadette Giam, Encik Harpreet Singh dan Cik Hazlina Halim, dalam mendekati penduduk daripada kaum berbeza. - Foto fail

Hari Penamaan Calon bukan sahaja memberi banyak kejutan dari segi siapa yang akan bertanding atau berpindah kawasan.

Terdapat beberapa kejutan lain, khususnya apabila calon Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) berhujah dalam bahasa yang bukan bahasa ibunda mereka.

Calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi GRC Sengkang, Cik Bernadette Giam, 38 tahun, menarik perhatian ramai sewaktu beliau memberi ucapan dalam bahasa Tamil di Sekolah Menengah Yusof Ishak.

Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, begitu kagum dengan usaha Cik Giam, lantas memuat naik videonya di media sosial serta menulis catatan di Facebook pada 25 April.

“Usaha yang luar biasa dan disampaikan dengan baik. Saya rasa ramai orang Tamil bangga dan terkesima! Saya tidak percaya apa yang saya lihat dan dengar. Syabas, Bernadette!” jelas Encik Shanmugam.

Beberapa komen netizen pula memuji penggunaan bahasa Tamil Cik Giam yang dianggap ‘baik’.

Seorang pengguna YouTube @ambigaraju1982 meninggalkan komen dalam video yang dimuat naik di YouTube The Straits Times (ST):

“Sangat baik! Mengagumkan!”

Selain Cik Giam, Encik Harpreet Singh Nehal, 59 tahun, daripada Parti Pekerja (WP) juga tidak ketinggalan berbahasa Mandarin dan dialek Teochew dalam hujahnya, di rapat pilihan raya pertama mereka di padang sepanjang Anchorvale Crescent, Sengkang.

Menurutnya, beliau mempunyai ramai teman yang berbahasa Teochew serta gemarkan bubur Teochew.

“Ada orang bertanya dengan saya, (bahasa) Teochew awak sangat baik, isteri awak orang Teochew ke?” katanya.

Muka baru dalam arena politik, Cik Hazlina Abdul Halim, 40 tahun, yang bertanding di GRC East Coast pula bertutur dalam bahasa Mandarin bagi mendekati penduduk Cina semasa bertemu penduduk di Pasar dan Pusat Makanan Fengshan pada pagi 25 April.

“Saya kagum Cik Hazlina berusaha bercakap dengan saya dalam bahasa Mandarin,” kata penduduk, Cik Chua Guek Yong, 77 tahun, dalam video yang disiarkan secara langsung di wadah YouTube ST.

“Adalah lebih mudah bagi saya untuk berkomunikasi dengannya,” tambah Cik Chua.

Cik Hazlina, bagaimanapun, berkata beliau masih belajar bahasa Mandarin dan berharap dapat terus mempertingkat penguasaan bahasanya bagi berhubung dengan lebih ramai rakyat Singapura secara berkesan.

Yang penting, keupayaan bertutur dalam tiga bahasa (termasuk Inggeris dan bahasa ibunda) ini menunjukkan semangat calon GE2025 yang gigih berkempen.

Selain Cik Giam, Encik Harpreet dan Cik Hazlina, calon Parti Kemajuan Singapura (PSP) dan juga peguam, Encik Sani Ismail, 49 tahun, juga menunjukkan kemahirannya berhujah dalam bahasa asing.

Namun, beliau merupakan satu-satunya calon GE2025 yang berhujah dalam bahasa Poland, memandangkan isterinya berasal dari Poland.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg