Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Chee Meng minta tidak diberi jawatan dalam Kabinet baru

May 6, 2025 | 3:43 PM
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng. - Foto fail

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng (gambar sisipan), yang menang dalam pertandingan sengit di SMC Jalan Kayu dalam Pilihan Raya Umum (GE) 2025, berkata beliau telah meminta Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, untuk tidak memberinya sebarang peranan dalam Kabinet baru pemerintah Singapura.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 6 Mei, Encik Ng berkata Encik Wong bersetuju untuk mempertimbangkan permintaannya itu.

Encik Ng dalam kenyataannya itu berkata beliau akan memberi tumpuan pada tanggungjawabnya sebagai Anggota Parlimen (AP) di Jalan Kayu dan peranannya sebagai Setiausaha Agung NTUC sepanjang lima tahun akan datang.

“Keperluan penduduk saya dan semua pekerja rakyat Singapura adalah keutamaan saya.

“Justeru, saya telah meminta Perdana Menteri untuk tidak memberikan saya sebarang jawatan dalam pemerintah.

“Perdana Menteri telah bersetuju untuk mempertimbangkan perkara ini,” kata beliau.

Dalam kenyataan itu juga Encik Ng berkata beliau telah membaca catatan dalam talian berhubung satu dialog MOE pada 2017, dan beliau amat menghargai tugas yang dilakukan para guru setiap hari.

Encik Ng menambah bahawa beliau “tidak ingat kata-kata tepat yang saya gunakan pada hari itu kerana hampir sedekad telah berlalu sejak dialog itu”.

Namun, Encik Ng menambah bahawa beliau kesal sekiranya ada kata-katanya yang dianggap tidak menghormati, terutamanya apabila peserta telah bertanyakan soalan secara jujur.

“Saya seharusnya menangani situasi dengan lebih baik. Saya minta maaf dengan ikhlas.

“Saya telah menerima maklum balas itu, dan akan terus melakukan yang lebih baik,” kata beliau.

Dalam kenyataan tersebut, Encik Ng turut menyentuh tentang gambar beliau bersama individu yang disabitkan dalam kes pengubahan wang haram, Su Haijin, yang kini tersebar dalam media sosial.

Encik Ng berkata gambar tersebut telah dipetik semasa satu acara makan malam dahulu yang diadakan sebahagian daripada sesi pendekatannya sebagai Setiausaha Agung NTUC.

Beliau berkata “saya kemudian dapat tahu tentang siasatan polis dan tuduhan jenayah terhadap Su”, sambil menegaskan beliau tidak lagi berinteraksi dengan Su setelah itu.

Sebelum ini timbul satu petisyen yang telah dimulakan pada 5 Mei, di laman change.org yang menggesa agar Encik Ng tidak disertakan dalam barisan Kabinet baru Encik Wong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg