Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Damanhuri: Tindakan pemerintah sekat campur tangan asing dalam politik S’pura adalah betul

Apr 26, 2025 | 3:45 PM
GE2025, SDP, Damanhuri Abas
Calon Parti Demokratik Singapura (SDP) yang bertanding di GRC Sembawang, Encik Damanhuri Abas (tengah), berkongsi kepada wartawan bahawa tindakan pemerintah menyekat akses kepada kandungan berunsur campur tangan asing adalah mengikut undang-undang dan merupakan langkah wajar. - Foto BM oleh KHALID BABA

Calon Parti Demokratik Singapura (SDP) Encik Damanhuri Abas, yang merupakan antara yang disokong pihak asing dalam catatan Facebook yang disekat akses pihak berkuasa, berkongsi bahawa catatan itu adalah “perkara yang tidak relevan”.

Beliau menambah bahawa keputusan pemerintah menyekat akses kandungan sedemikian adalah “mengikut kerangka undang-undang” dan merupakan “tindakan betul”.

“Ia adalah perkara betul untuk dilakukan, mereka adalah pihak berkuasa dan kami menyokong pemerintah berbuat demikian.

“Kami juga tidak mahu campur tangan asing di negara ini,” kongsi Encik Damanhuri ketika ditemui Berita Minggu (BM) di Pusat Makan Marsiling Mall pada 26 April.

Beliau dilihat bersama pasukan SDP yang bertanding di GRC Marsiling-Yew Tee yang dianggotai Encik Jufri Salim, Encik Ariffin Sha, Cik Gigene Wong dan Encik Alec Tok semasa sesi menemui penduduk di pusat makan tersebut.

Calon SDP lain yang bertanding di GRC Sembawang – Cik Surayah Akbar, Encik Bryan Lim dan Encik James Gomez – juga hadir menyapa penduduk di situ.

Sebelum ini, pihak berkuasa mengarahkan syarikat Meta untuk menyekat beberapa hantaran Facebook yang diterbitkan individu asing, yang disifatkan sebagai percubaan untuk mempengaruhi perjalanan Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg