Topik diikuti
Pergi ke BHkuDari England, Jepun, pasangan pilih S’pura jadi ‘rumah’ mereka
Encik George Wall dan Cik Chika Imakita merupakan antara rakyat Singapura baharu. Encik George dilahirkan di England, manakala Cik Chika pula dilahirkan di Jepun. Pasangan ini bertemu di Singapura pada 2011, jatuh cinta dan berkahwin, dan seterusnya memutuskan untuk menjadikan Singapura rumah mereka. Mereka meluangkan masa dalam masyarakat – berkhidmat sebagai sukarelawan, membimbing golongan muda, malah berkhidmat dalam Kor Sukarelawan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). Mereka contoh rakyat Singapura baharu yang telah disebutkan dalam Rapat Hari Kebangsaan yang disampaikan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada 23 Ogos.
