Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Denise Phua perjelas peranan Mayor selia akar umbi, bantu penduduk memerlukan

Apr 27, 2025 | 3:13 PM
GE2025, PAP, GRC Jalan Besar
Pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang bakal bertanding di GRC Jalan Besar pada Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) terdiri daripada (dari kiri) Dr Wan Rizal Wan Zakariah; Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo; Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central, Cik Denise Phua; dan Encik Shawn Loh menemui media di Pasar dan Pusat Makanan Boon Keng pada pagi 27 April. - Foto ST

Selain bertugas sebagai agensi utama mengedarkan baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC), CDC juga bekerjasama dengan Mayor di kawasan lain untuk mengumpulkan maklum balas mengenai keperluan penduduk dari setiap kawasan.

Kerjasama itu pula dapat membantu mengenal pasti keperluan paling utama bagi setiap penduduk, yang mempunyai latar belakang berbeza.

Demikian dikatakan Mayor CDC Central, Cik Denise Phua, ketika mengulas saranan beberapa parti pembangkang yang ingin melupuskan jawatan mayor.

Sebelum ini, saranan ini diutarakan Perikatan Rakyat bagi Pembaharuan (PAR) dan Parti Demokratik Singapura (SDP) di rapat pada 26 April dengan dua parti itu mengatakan peranan Mayor itu tidak penting, tidak memberi sumbangan ketara mahupun merupakan jawatan yang tidak mempunyai tujuan yang betul.

“Setiap Mayor menjalankan pelbagai program, dan di kawasan Central, kami ada 52 program yang merangkumi pelbagai aspek,” ujar Cik Phua.

Antara tanggungjawab Mayor adalah untuk mencari dan menyediakan sumber daripada pihak korporat, yang tidak dimampui pasukan akar umbi, supaya setiap keperluan penduduk dapat dipenuhi.

“Kami akan memastikan program-progran dapat dibangunkan dan dilaksanakan di peringkat kebangsaan,” tambah Cik Phua.

Di daerah CDC Central, jumlah warga emas semakin meningkat dengan penduduk semakin menua. Kemudahan teknologi merupakan salah satu usaha Mayor dan CDC untuk memperbaiki kehidupan setiap penduduk di daerah tersebut.

Beliau turut merujuk pada inisiatif The Purple Parade sebagai salah satu contoh program yang dimulakan di daerah Central, dan kemudian diluaskan untuk dijalankan sebagai satu acara di peringkat kebangsaan.

Inisiatif tersebut bertujuan menggalak satu masyarakat inklusif yang sentiasa menyokong orang kurang upaya.

Bagi Cik Phua, memahami perbezaan struktur keluarga zaman sekarang adalah amat penting bagi peranannya sebagai seorang Mayor kerana keperluan setiap keluarga semakin berubah mengikut struktur keluarga.

“Ada yang merupakan ibu bapa tunggal, ada keluarga yang mempunyai lebih daripada tiga generasi, dan ada juga yang mempunyai anggota keluarga yang mempunyai campuran kewarganegaraan,” ujar Cik Phua.

Bersama Cik Phua pada acara media ini ialah calon PAP di GRC Jalan Besar lain termasuk Dr Wan Rizal Wan Zakariah; Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo; dan Encik Shawn Loh, yang meluangkan masa bertemu penduduk di kawasan pasar dan Pusat Makanan Upper Boon Keng.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg