Kesemua 245 individu yang memohon sijil derma politik menjelang Pilihan Raya Umum (GE) 2025 pada 3 Mei ini telah diberikan borang oleh Jabatan Pilihan Raya (ELD).
Dalam satu kenyataan media pada 21 April, ELD turut menyatakan bahawa ia telah mengeluarkan Sijil Jawatankuasa Masyarakat Melayu kepada 42 pemohon yang layak, dan Sijil Jawatankuasa Masyarakat India dan kaum minoriti lain kepada 37 pemohon yang layak.
Pada 20 April, ELD menyatakan bahawa pihak telah menerima 245 permohonan bagi sijil derma politik menjelang tarikh akhir pada 19 April.
Ini bermakna mungkin terdapat seramai calon yang bertanding bagi merebut 97 kerusi di Parlimen.
Ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi parti-parti politik untuk memohon sijil tambahan atau sijil siap sedia, lapor The Straits Times.
Pada GE2020, ELD menerima 226 permohonan bagi sijil derma politik, meskipun hanya 192 calon yang akhirnya memfailkan kertas pencalonan untuk bertanding merebut 93 kerusi Parlimen.
Di bawah peraturan Pilihan Raya Singapura, semua calon dikehendaki menyerahkan borang derma politik di mana mereka harus mengisytiharkan sebarang derma yang diterima dan mengesahkan bahawa dana itu dibenarkan di bawah undang-undang.
Pengisian borang itu diperlukan untuk mendapatkan sijil derma politik, yang akan dikeluarkan oleh Pendaftar Derma Politik menjelang Hari Penamaan Calon.
Calon perlu menyerahkan sijil itu bersama kertas pencalonan mereka pada Hari Penamaan Calon pada 23 April.
Mereka juga mesti mempunyai pencadang, penyokong dan sekurang-kurangnya empat penyetuju, yang kesemuanya mesti layak mengundi di kawasan undi terbabit.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg