Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

GE2025: Ikuti liputan BH di pelbagai wadah

Apr 20, 2025 | 5:00 PM
Program secara ‘Live’ di media sosial Berita Harian itu akan diterajui pengacara dari BH (foto utama, dari kiri) iaitu Koresponden, Nur Fathin Awalludin; Ketua Media Sosial, Siti Aisyah Nordin; Wartawan video, Ameerah Sallehuddin serta Penyampai dan Penerbit Podcast, Natasha Mustafa.
Program secara ‘Live’ di media sosial Berita Harian itu akan diterajui pengacara dari BH (foto utama, dari kiri) iaitu Koresponden, Nur Fathin Awalludin; Ketua Media Sosial, Siti Aisyah Nordin; Wartawan video, Ameerah Sallehuddin serta Penyampai dan Penerbit Podcast, Natasha Mustafa. - Visual BH

Mulai Hari Penamaan Calon pada 23 April, audiens Berita Harian (BH) dapat mengikuti perkembangan terkini Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) menerusi pelbagai wadah akhbar ini, termasuk liputan secara ‘Live’ dari Studio BH.

Liputan secara langsung atau ‘Live’ itu akan membuka tirainya pada Hari Penamaan Calon dengan penonton boleh mengikuti perkembangan di kesemua sembilan pusat penamaan calon menerusi YouTube, Facebook dan laman BeritaHarian.sg.

Selepas itu, sepanjang tempoh berkempen, BH akan menemui penonton juga secara ‘Live’ di Instagram dan TikTok dua kali sehari, pada 12 tengah hari dan 6 petang.

Program yang dinamakan Jejak Kempen dan diadakan pada dua waktu berbeza itu akan membincangkan isu-isu yang menarik perhatian pengundi.

Liputan dari Studio BH akan melabuh tirainya dengan siaran langsung perkembangan pada Hari Mengundi yang akan bermula selepas pusat mengundi ditutup.

Program secara ‘Live’ di media sosial itu akan diterajui pengacara dari BH iaitu Ketua Media Sosial, Cik Siti Aisyah Nordin; Koresponden, Cik Nur Fathin Awalludin; Penyampai dan Penerbit Podcast, Cik Natasha Mustafa dan Wartawan Video, Cik Ameerah Sallehuddin.

Mereka akan disertai panel penganalis yang terdiri daripada Zamil Kanan dan Penyelaras Program Pengajian Sosial dan Budaya Serantau, Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat; Penolong Profesor di Sekolah Sains Kemasyarakatan di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Dr Walid Jumblatt Abdullah; Penganalisis hal ehwal antarabangsa kanan di Solaris Strategies Singapore, Dr Mustafa Izzuddin dan penggiat masyarakat, Encik Imran Mohd Taib.

Mengulas liputan ‘Live’ dari studio itu, Editor BH, Encik Nazry Mokhtar, menjelaskan ia adalah sebagai menambah nilai kepada liputan yang GE2025 yang disajikan akhbar ini dalam bentuk cetak, laman web dan aplikasi.

“Sebagai acara penting, kami mahu memastikan Berita Harian menyediakan liputan GE2025 ini di pelbagai wadah bagi memenuhi cita rasa audiens yang berbeza.

“Gandingan laporan daripada wartawan-wartawan BH di lapangan dan analisis daripada para pengamat yang kami jemput ke studio, kami yakin dapat memberikan audiens kami satu liputan yang menyeluruh, objektif dan seimbang.

“Ini juga satu lagi peluang untuk BH mengetengahkan keupayaan yang telah kami bangunkan sejajar dengan transformasi digital bilik berita,” ujar beliau.

Selain liputan menerusi media sosial, akhbar cetak, laman web dan aplikasi, orang ramai boleh mengikuti liputan GE2025 menerusi surat berita GE2025 akhbar ini yang boleh dilanggan secara percuma melalui pautan https://www.beritaharian.sg/ringkasan-berita-harian serta saluran Telegram dan WhatsApp Berita Harian Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg