Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam akan memimpin pasukan yang dibentuk empat muka baru bertanding di GRC Nee Soon pada GE2025.
Mereka ialah mantan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Dr Syed Harun Alhabsyi, 40 tahun; Encik Jackson Lam, 40 tahun, ketua syarikat kawalan serangga perosak dan pembersihan; Cik Lee Hui Ying, 36 tahun, yang bekerja dengan Temasek Holdings; dan Cik Goh Hanyan, 39 tahun, mantan pengarah di Kementerian Pembangunan Digital dan Penerangan.
Encik Shanmugam mengumumkan demikian di satu sidang media di cawangan Chong Pang PAP di Yishun Ring Road pada 21 April.
Encik Shanmugam memimpin pasukan PAP yang bertanding di Nee Soon pada GE2020.
Pasukan itu dibentuk oleh Encik Derrick Goh, Encik Louis Ng, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim dan Cik Carrie Tan.
Ia menewaskan pasukan Parti Kemajuan Singapura (PSP) selepas meraih 61.9 peratus undi.
Buat masa ini, Dr Faishal telah diumumkan sebagai calon PAP di GRC Marine Parade-Braddell Heights.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg