Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

GRC East Coast: Edwin Tong pimpin pasukan PAP, Yee Jenn Jong terajui WP

Apr 23, 2025 | 1:55 PM
Calon PAP GRC East Coast, Dinesh Vasu Dash, Encik Edwin Tong, Encik Tan Kiat How, Cik Jessica Tan, Cik Hazlina Abdul Halim
Calon PAP GRC East Coast terdiri (dari kiri) Encik Dinesh Vasu Dash, Encik Edwin Tong, Encik Tan Kiat How, Cik Jessica Tan dan Cik Hazlina Abdul Halim. - Foto ST

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, akan memimpin pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi GRC East Coast dalam Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025).

Pasukan itu akan bersaing dengan pasukan Pasukan Parti Pekerja (WP) yang diterajui Encik Yee Jenn Jong.

Encik Tong menggantikan menteri utama GRC tersebut sebelum ini iaitu Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat. Encik Heng tidak akan bertanding dalam GE2025.

Anggota pasukan lain dalam GRC East Coast lima anggota itu terdiri daripada dua muka baru, mantan presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Hazlina Abdul Halim, dan Encik Dinesh Vasu Dash, sementara dua anggota sedia ada pasukan itu termasuk Menteri Negara Kanan (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How; Timbalan Speaker, Cik Jessica Tan.

Dua muka baru itu menggantikan dua anggota pasukan sebelum ini iaitu Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, dan Cik Cheryl Chan yang mengumumkan persaraan mereka daripada politik pada 21 April.

Sementara itu, selain Encik Yee, anggota lain pasukan WP turut terdiri daripada Cik Paris V. Parameswari, Encik Sufyan Mikhail Putra, Encik Nathaniel Koh dan Encik Jasper Kuan.

GRC East Coast antara kawasan undi yang mengalami beberapa perubahan sempadan bagi GE2025.

Estet di Chai Chee dan Joo Chiat, yang sebelum ini merupakan sebahagian GRC Marine Parade, kini digabungkan ke dalam GRC East Coast, meningkatkan jumlah pengundi di kawasan itu daripada 120,239 kepada 150,691 dalam GE2025.

Sementara itu, kawasan Siglap di bawah GRC East Coast pula kini menjadi sebahagian daripada GRC Pasir Ris-Changi.

Semasa Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020), pasukan PAP meraih 53.41 peratus undi di GRC itu, namun ia antara kemenangan paling tipis parti tersebut dan juga lebih rendah daripada 60.73 peratus undi yang diraih dalam pilihan raya 2015.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg