Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

GRC Jurong East-Bukit Batok: PAP lawan RDU

Apr 23, 2025 | 12:40 PM
Pasukan RDU, GRC Bukit Batok, Encik Benjamin Puah Kia Teng,  Cik Liyana Dhamirah Selamat, Cik Marcus Neo Kai Jie, Encik Osman Sulaiman,  Encik Mohanadas Harish Chandar
Pasukan RDU yang akan bertanding di GRC Bukit Batok. (Dari kiri) Encik Benjamin Puah Kia Teng, Cik Liyana Dhamirah Selamat, Cik Marcus Neo Kai Jie, Encik Osman Sulaiman dan Encik Mohanadas Harish Chandar, - Foto ST

Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, akan memimpin pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) untuk menentang parti pembangkang, Titik Merah Bersatu (RDU).

Pasukan lima anggota PAP turut dianggotai Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, Menteri Negara (Pengangkutan merangkap Undang-Undang), Encik Murali Pillai; dan dua muka baru, Encik David Hoe dan Encik Lee Hong Chuang. 

RDU dipimpin Cik Liyana Dhamirah dan dianggotai Encik Osman Sulaiman, Encik Harish Mohanadas, Encik Ben Puah, dan Encik Marcus Neo.

Permohonan para calon daripada kedua-dua parti itu untuk bertanding di GRC lima anggota itu diterima pada Hari Penamaan Calon pada 23 April.

GRC Jurong East-Bukit Batok merupakan kawasan pilihan raya baru yang diperkenalkan untuk GE2025. 

Ia diduduki 142,510 pengundi.

Kawasan itu sebahagian besar tercipta daripada GRC Jurong dengan sekitar 62,424 pengundi, serta beberapa kawasan Yuhua, Hong Kah North, dan kesemua Bukit Batok, Bukit Batok East dan Clementi.

Pada GE2020, PAP memenangi 74.61 peratus undian ke atas RDU di GRC Jurong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg