Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PAP perkenal calon GRC Jurong East-Bukit Batok, SMC Jurong Central

Pasukan GRC Jurong East-Bukit Batok yang baru diketuai Grace Fu dan turut merangkumi Rahayu Mahzam
Apr 14, 2025 | 12:32 PM
Calon PAP bagi kawasan Jurong Central SMC, Encik Xie Yao Quan (paling kiri), dan pasukan PAP bagi GRC Jurong East-Bukit Batok (dari dua dari kiri), Cik Grace Fu, Encik Murali Pillai, Cik Rahayu Mahzam, Encik Lee Hong Chuang dan Encik David Hoe di sidang media yang diadakan Majlis Bandaran Jurong-Clementi pada 14 April.
Calon PAP bagi kawasan Jurong Central SMC, Encik Xie Yao Quan (paling kiri), dan pasukan PAP bagi GRC Jurong East-Bukit Batok (dari dua dari kiri), Cik Grace Fu, Encik Murali Pillai, Cik Rahayu Mahzam, Encik Lee Hong Chuang dan Encik David Hoe di sidang media yang diadakan Majlis Bandaran Jurong-Clementi pada 14 April. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Parti Tindakan Rakyat (PAP) memperkenalkan calon bagi GRC Jurong East-Bukit Batok dengan Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, menjadi sebahagian pasukan itu untuk Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025).

GRC lima anggota itu akan diterajui oleh Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, di samping anggota lain iaitu Menteri Negara (Pengangkutan merangkap Undang-Undang), Encik Murali Pillai; dan dua muka baru, Encik David Hoe dan Encik Lee Hong Chuang.

GRC Jurong East-Bukit Batok akan diterajui Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, untuk Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025).
GRC Jurong East-Bukit Batok akan diterajui Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, untuk Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025). - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI 

Encik Hoe, 37 tahun, seorang muka baru dalam arena politik, merupakan pengarah kedermawanan di Majurity Trust dan mantan guru.

Encik Lee, 54 tahun, pula pernah bertanding di SMC Hougang pada GE2015 dan GE2020, dan merupakan mantan pengerusi cawangan bahagian PAP Hougang.

Dua muka baru, Encik David Hoe (paling kanan) dan Encik Lee Hong Chuang (dua dari kanan) merupakan dua muka baru yang diperkenalkan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Jurong East-Bukit Batok.
Dua muka baru, Encik David Hoe (paling kanan) dan Encik Lee Hong Chuang (dua dari kanan) merupakan dua muka baru yang diperkenalkan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Jurong East-Bukit Batok. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI 

Pengumuman yang diadakan di Majlis Bandaran Jurong-Clementi pada 14 April itu juga menyaksikan Encik Xie Yao Quan diumumkan sebagai calon bagi SMC Jurong Central.

Semasa memperkenalkan barisan calon PAP, Cik Fu berkata pasukannya yang berpelbagai dan berdedikasi, terdiri daripada lelaki dan wanita berusia 30-an hingga 60-an dengan latar belakang dalam pelbagai bidang.

Ini termasuk bidang pendidikan, undang-undang, pembangunan belia, hal ehwal wanita, kekeluargaan dan kemasyarakatan, sekali gus mampu menawarkan penduduk “tenaga, pengalaman dan empati”.

GRC baru itu merangkumi sebahagian besar kawasan SMC Yuhua.

Cik Fu telah mewakili Yuhua sejak 2006, ketika kawasan itu masih sebahagian daripada GRC Jurong. Ia kemudiannya diasingkan sebagai kerusi tunggal pada 2011 dan kekal sebagai kerusi satu anggota pada GE2015 dan GE2020.

Kedua-dua GRC Jurong East-Bukit Batok dan SMC Jurong Central merupakan sempadan baru diperkenalkan untuk GE2025. 

Menurut laporan Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya (EBRC), GRC Jurong East-Bukit Batok terdiri dari beberapa kawasan dan akan menampung 142,510 pengundi.

Pengundi akan dibahagi semula merentasi pelbagai kawasan pilihan raya, dengan majoriti – 62,424, atau kira-kira 47 peratus dari GRC Jurong – membentuk teras GRC Jurong East-Bukit Batok yang baru.

GRC itu juga termasuk kawasan Bukit Batok East yang diterajui oleh Cik Rahayu dan kawasan Clementi yang diterajui oleh Anggota Parlimen (AP) dua penggal, Dr Tan Wu Meng.

Selain merangkumi sebahagian besar kawasan Yuhua, GRC itu juga akan meliputi kesemua kawasan SMC Bukit Batok – yang kini diwakili oleh Encik Murali – serta sebahagian kawasan SMC Hong Kah North, yang kini diwakili oleh Dr Amy Khor.

Dalam pada itu, sebanyak 41,404 pengundi dari GRC Jurong akan berpindah ke GRC baru, West Coast-Jurong West, yang kini menampung 158,581 pengundi.

Menteri Negara (Pengangkutan merangkap Undang-Undang), Encik Murali Pillai, yang kini mewakili SMC Bukit Batok akan menyertai GRC Jurong East-Bukit Batok.
Menteri Negara (Pengangkutan merangkap Undang-Undang), Encik Murali Pillai, yang kini mewakili SMC Bukit Batok akan menyertai GRC Jurong East-Bukit Batok. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI 

Ketika pengumuman itu, Cik Fu mengucapkan terima kasih kepada Dr Khor, yang juga Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), dan Dr Tan atas khidmat mereka di kawasan Hong Kah North dan Clementi.

Beliau tidak menyatakan sama ada mereka akan bersara daripada politik atau akan dipindahkan ke kawasan lain.

GRC Jurong secara konsisten menjadi kawasan GE berprestasi terbaik PAP dalam pilihan raya sebelum ini, memperoleh 79.29 peratus undian pada GE2015 dan 74.61 peratus dalam GE2020.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg