Pasukan Parti Pekerja (WP) dijangka mempertahankan GRC Sengkang dalam Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) dengan 56 peratus undi, menewaskan pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP).
Pasukan WP terdiri daripada Cik He Ting Ru, Profesor Madya Jamus Lim dan Encik Louis Chua, serta satu muka baru iaitu Encik Abdul Muhaimin Abdul Malik.
Pasukan PAP pula terdiri daripada mantan Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kesihatan), Dr Lam Pin Min, dan tiga muka baru iaitu Cik Theodora Lai; Profesor Madya Dr Elmie Nekmat dan Cik Bernadette Giam.
GRC Sengkang dibentuk pada 2020 dan dimenangi WP dalam pilihan raya umum pada tahun sama dengan 52.12 peratus undian.
Keputusan itu menjadikan Sengkang GRC kedua yang jatuh ke tangan pembangkang sejak skim itu diperkenalkan pada 1988.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg