Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jepun iktiraf SM Lee dengan anugerah berprestij bagi sumbangan dua hala

Apr 29, 2025 | 11:52 PM
Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, akan dianugerahkan pengiktirafan berupa ‘Grand Cordon of the Order of the Rising Sun’, yang disampaikan kerajaan Jepun sebagai mengiktiraf sumbangan besar SM Lee dalam mengukuhkan hubungan antara Singapura dengan Jepun.
Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, akan dianugerahkan pengiktirafan berupa ‘Grand Cordon of the Order of the Rising Sun’, yang disampaikan kerajaan Jepun sebagai mengiktiraf sumbangan besar SM Lee dalam mengukuhkan hubungan antara Singapura dengan Jepun. - Foto ST

Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, akan dianugerahkan pengiktirafan berupa ‘Grand Cordon of the Order of the Rising Sun’, yang disampaikan kerajaan Jepun sebagai mengiktiraf sumbangan besar SM Lee dalam mengukuhkan hubungan antara Singapura dengan Jepun.

Kedutaan Jepun di Singapura mengumumkan berita ini di media sosialnya pada 29 April, sambil menyatakan bahawa Encik Lee, yang bergelar Perdana Menteri Singapura, antara 2004 hingga 2024, telah membuat “sumbangan penting dalam mengukuhkan hubungan dan mempromosikan persahabatan antara Jepun dengan Singapura”.

Jurucakap Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA), berkata dalam satu kenyataan media pada 29 April, Singapura “sangat menghargai” keputusan kerajaan Jepun untuk menghormati SM Lee.

“Singapura dan Jepun menikmati hubungan yang rapat dan lama, yang ditandai dengan hubungan politik dan ekonomi yang kukuh, dan kerjasama dari pelbagai segi,” kata jurucakap itu.

Kedua-dua negara akan memperingati ulang tahun ke-60 termeterainya hubungan diplomatik pada 2026, tambah jurucakap itu.

Anugerah Order of the Rising Sun telah diperkenalkan pada 1875 untuk mengiktiraf individu yang telah membuat sumbangan terbilang kepada Jepun dan rakyatnya.

Grand Cordon ialah pangkat tertinggi anugerah tersebut.

Penerima anugerah penghormatan ini, dalam kalangan warga Singapura sebelum ini, termasuk Perdana Menteri Pengasas, Encik Lee Kuan Yew pada 1967, mantan Duta Singapura ke Jepun, Encik Lim Chin Beng pada 2004, Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong pada 2011, dan mantan Timbalan Perdana Menteri, Profesor S. Jayakumar pada 2012.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg