Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kertas undi GE2025 dimusnah

Nov 22, 2025 | 6:54 PM
pilihan raya umum 2025, ge2025, kertas undi, dibakar
Pekerja di Loji Pembakaran Tuas South mengangkat kotak berisi kertas undi dan dokumen lain untuk dibakar. - Foto MDDI

Lebih 2.4 juta kertas undi dan dokumen lain yang digunakan dalam Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) telah dibakar pada 22 November, sebagai sebahagian proses untuk memastikan kerahsiaan undi.

Kotak-kotak berkunci yang mengandungi kertas undi dan dokumen lain, dikeluarkan pada pagi 22 November dari bilik kebal Mahkamah Agung dan dibawa ke Loji Pembakaran Tuas South.

Langkah ini selaras dengan Akta Pilihan Raya Parlimen.

Di bawah undang-undang tersebut, kertas undi dan dokumen lain yang digunakan dalam pilihan raya mesti dikunci dan disimpan dengan selamat selama enam bulan selepas ia dikira di akhir tempoh mengundi. sekiranya timbul sebarang cabaran undang-undang.

Ia kemudiannya dimusnahkan di hadapan saksi-saksi, termasuk calon pilihan raya dari pelbagai parti, ejen mereka, serta pegawai Jabatan Pilihan Raya (ELD), untuk memastikan undi kekal rahsia.

Dalam hantaran Facebook pada 22 November, calon Parti Pekerja (WP)GRC Punggol, Encik Jackson Au, yang hadir pada acara itu, berkata: 

“Seringkali ada mitos yang tersebar bahawa pengundi boleh ‘ditandakan’ atau bakal menghadapi kesan yang buruk kerana mengundi mengikut kecenderungan tertentu.

Perasaan gentar sedemikian boleh menjejaskan pertimbangan secara tidak adil bagi sesetengah pengundi.

“Izinkan kami meyakinkan anda bahawa undi anda tidak diketahui dan kerahsiaannya terjamin sepenuhnya.”

Lebih 2.4 juta rakyat Singapura telah keluar mengundi di 1,240 pusat mengundi di seluruh negara pada 3 Mei.

Parti Tindakan Rakyat (PAP) memenangi 65.57 peratus daripada undi popular, menjamin 87 daripada 97 kerusi di Parlimen.

Sementara itu, WP mengekalkan 10 kerusi di Parlimen. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg