Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lim Swee Say terima Pingat Jasa Gemilang

Nov 9, 2025 | 5:33 PM
pap convention, lim swee say, lawrence wong, desmond lee
Penerima Pingat Jasa Gemilang, Encik Lim Swee Say (tengah), bersama Perdana Menteri yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Lawrence Wong (kanan), serta Menteri Pendidikan yang juga Pengerusi PAP, Encik Desmond Lee, sewaktu majlis Anugerah dan Persidangan PAP pada 9 November di Singapore Expo. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Mantan ketua gerakan pekerja, Encik Lim Swee Say, diiktiraf dengan anugerah penghormatan tertinggi, Pingat Jasa Gemilang, sewaktu majlis Anugerah dan Persidangan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada 9 November.

Majlis penyampaian anugerah yang diadakan di Singapore Expo itu mengiktiraf seramai 426 aktivis atas dedikasi dan perkhidmatan mereka, dan dihadiri lebih 1,800 aktivis parti.

Encik Lim diberi penghormatan itu atas sumbangannya dalam menegakkan hubungan tiga pihak, selain perkhidmatannya kepada parti tersebut serta Singapura sepanjang 29 tahun lalu.

Beliau memasuki arena politik pada 1997 sebagai Anggota Parlimen (AP) GRC Tanjong Pagar, dan kemudian berkhidmat di GRC Holland-Bukit Panjang dan East Coast sehingga persaraannya pada 2020.

Beliau memegang beberapa portfolio utama termasuk sebagai Menteri Sekitaran, Menteri dalam Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Menteri Tenaga Manusia.

Sebagai Menteri Tenaga Manusia dan mantan setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), beliau memperjuangkan golongan pekerja, memajukan pekerjaan adil dan bermutu serta pembelajaran sepanjang hayat.

Ditemui wartawan, Encik Lim berkata beliau menyertai politik kerana beliau “pro-Singapura” dan ingin menyumbang seberapa mungkin demi kemajuan negara.

Mengimbau kembali, beliau berkata objektif yang menjadi tumpuannya adalah untuk memastikan semua warga Singapura mampu meraih pendapatan lebih baik dan menjalani kehidupan lebih baik.

Beliau juga menekankan kepentingan untuk terus membina kepercayaan antara NTUC dengan pekerja, antara pemerintah dengan rakyat, supaya pembangunan, kemajuan Singapura dapat kekal mampan pada masa hadapan.

Beliau juga berharap lebih ramai warga Singapura yang muda tampil untuk menyumbang kepada negara, tidak kira apa parti yang mereka pilih.

“Pucuk pangkalnya, usah kita lupa satu-satunya tujuan bagi sesiapa yang menyertai politik adalah untuk berkhidmat demi kepentingan Singapura, untuk memajukan kepentingan warga Singapura,” katanya.

“Pucuk pangkalnya, usah kita lupa satu-satunya tujuan bagi sesiapa yang menyertai politik adalah untuk berkhidmat demi kepentingan Singapura, untuk memajukan kepentingan warga Singapura.”
Mantan Menteri dan mantan ketua gerakan pekerja, Encik Lim Swee Say.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg