Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Manifesto NSP: Bayaran jumpa doktor dihad $10, gaji minimum diperkenal

Apr 26, 2025 | 12:06 AM
NSP, Yadzeth Hairis, Encik Lee Wei, Encik Raiyian Chia,  Encik Spencer Ng, Cik Verina Ong
Pasukan Parti Perpaduan Nasional (NSP) yang bertanding di GRC Sembawang dianggotai oleh (barisan belakang, dari kiri) Encik Yadzeth Hairis, Encik Lee Wei, (barisan depan, dari kiri) Encik Raiyian Chia, Encik Spencer Ng dan Cik Verina Ong. - Foto ST

Manifesto Parti Perpaduan Nasional (NSP) merangkumi cadangan seperti gaji minimum untuk pekerja; had perbelanjaan lawatan doktor kepada $10 untuk beberapa warganegara, dan pengecualian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas barang keperluan dan barangan bayi.

Dikeluarkan pada Hari Penamaan Calon pada 23 April,  dokumen setebal 14 muka surat itu merangkumi dasar mengenai perumahan, penjagaan kesihatan, sokongan keluarga dan perubahan iklim.

NSP bertanding di GRC Sembawang dan Tampines, berdepan dengan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Sembawang dan perlawanan empat penjuru di Tampines.

Pada 23 April, Setiausaha Agung NSP, Encik Spencer Ng, dan pasukannya mengedarkan risalah dan biskut di luar stesen MRT Canberra sebelum bercakap dengan wartawan di Food Village Canberra 115.

Dalam manifesto mereka, NSP mencadangkan ekonomi yang memberi fokus kepada rakyat dengan memperkenalkan Rangka Kerja Gaji Minimum, selain Model Gaji Progresif (PWM) untuk beberapa sektor tertentu.

NSP juga mencadangkan semua warga lelaki yang baru, berusia 17 hingga 39 tahun, menjalani Perkhidmatan Negara (NS) selama sekurang-kurangnya enam bulan untuk membina perpaduan sosial.

Bagi menyokong keluarga, mereka mencadangkan mengurangkan masa menunggu flat Bina Ikut Tempahan (BTO) kepada dua setengah tahun atau kurang.

Ini selain memberikan keutamaan bantuan kepada keluarga dengan tiga anak untuk pendidikan, perubatan dan perumahan.

NSP turut mencadangkan agar harga flat baru dihubungkan kepada kos pembinaan dan pemerolehan tanah, bukan penilaian pasaran. 

Bagi perubahan iklim, NSP mencadangkan penubuhan Dana Peralihan Hijau dan audit terhadap dasar kitar semula negara.

Mereka juga ingin melindungi hutan di kawasan bandar dan saluran air daripada pembangunan melalui ‘zon keadilan alam’.

Manifesto ini dikeluarkan tiga hari selepas pengumuman slogan kempen mereka, ‘Masa Depan Anda, Keutamaan Kami’ pada 20 April. 

NSP berjanji akan bertindak sebagai “pemeriksa bebas untuk dasar, perbelanjaan dan hala tuju pemerintah”.

Encik Ng berkata: “Kami di sini untuk membantu parti pemerintah merangka dasar lebih baik.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg