Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Manisfesto PAR: Pendidikan percuma, makanan sekolah dan jagaan kesihatan

Apr 26, 2025 | 1:09 PM
GE2025, manifesto, PAR
Setiausaha Agung Parti Perikatan Rakyat bagi Pembaharuan (PAR), Encik Lim Tean, berucap kepada media di Pek Kio Market and Food Centre pada 18 April 2025. - Foto ST

Parti Perikatan Rakyat bagi Pembaharuan (PAR) menyeru diberi pendidikan percuma, makanan sekolah, dan penjagaan kesihatan bagi setiap kanak-kanak Singapura, jika dipilih ke Parlimen.

Setiausaha Agung PAR, Encik Lim Tean, mengumumkan cadangan ini semasa kunjungan ke Woodleigh Village Hawker Centre di Potong Pasir, tetapi tidak menyatakan bagaimana ia akan dibiayai.

Beliau berkata kos terperinci bagi cadangan-cadangannya itu akan diumumkan tidak lama lagi.

Encik Lim turut menyebut kadar kesuburan Singapura yang jatuh kepada 0.97, dan menegaskan bahawa PAR tidak percaya penyelesaiannya terletak pada migrasi.

Selain itu, PAR mencadangkan pendidikan percuma dari prasekolah hingga universiti untuk membantu ibu bapa muda dengan kos sara hidup.

Beliau menambah bahawa ramai yang takut untuk mempunyai keluarga kerana bimbang tidak dapat memberi kehidupan baik buat anak mereka.

“PAR percaya pendidikan mesti percuma supaya setiap kanak-kanak boleh mencapai potensi penuh tanpa halangan kewangan,” tulis Encik Lim di Facebook.

Ketua PAR juga berkata makanan sekolah percuma akan memastikan kanak-kanak mendapat bekalan tenaga yang diperlukan untuk belajar.

Kanak-kanak harus diberikan makanan percuma tanpa mengira pendapatan keluarga, katanya, sambil menambah bahawa ini adalah “pelaburan berkesan” untuk membantu kanak-kanak dan negara.

Menyifatkan kos penjagaan kesihatan sebagai “beban berat” bagi keluarga, beliau menyeru bagi penjagaan kesihatan percuma dan sejagat buat semua rakyat Singapura.

“Dengan menangani tiga halangan utama kos – pendidikan, makanan dan penjagaan kesihatan – kami akan mengembalikan keyakinan dalam kalangan generasi muda untuk membina keluarga,” katanya.

“Adalah wajar bagi individu mahu mempunyai anak. Tanggungjawab negara untuk memastikan mereka tidak dihalang oleh ketakutan kewangan,” tambahnya.

Encik Lim turut menegaskan dakwaan bahawa pihak pembangkang akan “merompak rizab” untuk membiayai skim ini adalah “hujah lapuk yang tidak relevan di Singapura moden”.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg