SPH Logo mobile
Langgan|

Masagos: Hargai semua pandangan, tekad perbaiki kelemahan

Masagos: Hargai semua pandangan, tekad perbaiki kelemahan

May 1, 2025 | 7:42 PM

Masagos: Hargai semua pandangan, tekad perbaiki kelemahan

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berucap dalam bahasa Melayu dalam video yang disiarkan dalam laman media sosialnya pada 1 Mei.
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berucap dalam bahasa Melayu dalam video yang disiarkan dalam laman media sosialnya pada 1 Mei. - Foto TANGKAP LAYAR FACEBOOK

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata beliau telah melalui banyak cabaran sepanjang khidmatnya kepada masyarakat dengan bermacam pandangan berbeza daripada pelbagai pihak tentang pelbagai isu.

Tidak semua bersetuju dengan pandangan kami, ujar beliau.

“Sebagai pemimpin, saya sangat menghargai semua maklum balas anda termasuk sepanjang tempoh berkempen. Saya sedar saya tidak sempurna tetapi saya bertekad untuk terus memperbaiki kelemahan saya dan menjadi suara anda bagi kebaikan semua,” katanya.

Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, berkata demikian dalam video di laman media sosial peribadi pada 1 Mei, pada hari berkempen terakhir untuk Pilihan Raya Umum (GE) 2025.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg