Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Muda-muda’ dah bersara?

Apr 27, 2025 | 3:04 PM
Tan Cheng Bock, Ng Eng Hen, PAP
Dr Tan Cheng Bock (kanan) bertemu Dr Ng Eng Hen di pasar Shunfu pada 27 April, semasa kededua Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan Parti Kemajuan Singapura (PSP) mengadakan lawatan di sana. - Foto ZAOBAO
Dr Tan Cheng Bock berjabat tangan Dr Ng Eng Hen di pasar Shunfu pada 27 April.
Dr Tan Cheng Bock berjabat tangan Dr Ng Eng Hen di pasar Shunfu pada 27 April. - Foto ZAOBAO

Semasa terserempak dengan Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, 66 tahun, di pasar Shunfu pada 27 April, pengerusi dan pengasas Parti Kemajuan Singapura (PSP), Dr Tan Cheng Bock, 85 tahun, menyapanya dan berkata dengan nada berseloroh:

“Kenapa bersara? Masih muda lagi!”

Dr Ng mengumumkan persaraannya dari politik sebelum Hari Penamaan Calon pada 23 April. Sebaliknya, Dr Tan akan bertanding di GE2025 di GRC West Coast-Jurong West.

Ye Kung: Usah pesan mi berkuah jika pakai baju putih

Encik Ong Ye Kung  menasihatkan anggota Parti Tindakan Rakyat yang memakai baju putih supaya berhati-hati apabila makan, terutama makanan yang berkuah kerana ia boleh terpercik dan mengotorkan baju.
Encik Ong Ye Kung menasihatkan anggota Parti Tindakan Rakyat yang memakai baju putih supaya berhati-hati apabila makan, terutama makanan yang berkuah kerana ia boleh terpercik dan mengotorkan baju. - Foto FACEBOOK ONG YE KUNG

Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, telah menerbitkan video satira yang mengingatkan anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang lain supaya mengelak makan mi berkuah semasa berkempen.

Ini kerana baju putih mudah dikotori percikan kuah, kata beliau.

Namun dalam gurauan, beliau juga sempat menyelitkan mesej gaya hidup sihat – kurangkan kuah, kurangkan garam.

Zainal Sapari juga ‘pandang kiri, pandang kanan’...

Encik Zainal Sapari berucap di rapat Punggol GRC pada 26 April.
Encik Zainal Sapari berucap di rapat Punggol GRC pada 26 April. - Foto ST

Mantan Anggota Parlimen (AP), Encik Zainal Sapari, dengan bersemangat menggunakan kata-kata calon anggota Parti Kuasa Rakyat, Encik Samuel Lee, untuk mendeklamasikan rangkap kreatif di rapat Parti Tindakan Rakyat (PAP) untuk GRC Punggol pada 26 April.

Menukil lagu ‘A Tiny Bird’ yang dinyanyikan oleh penyanyi Taiwan, Chao Chuan, Encik Lee telah berkata dalam bahasa Inggeris: “Saya pandang kiri, pandang kanan, pandang kiri, pandang kanan” untuk menekankan keperitan yang dirasai warga SIngapura dalam usaha mencari kerja. Ini berlaku semasa beliau diperkenalkan sebagai calon pada awal April.

Namun Encik Zainal, yang berkhidmat sekitar sedekad sebagai AP, menggunakan kata-kata Encik Lee itu untuk memuji pasukan PAP di Punggol.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg