Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wan Rizal ingatkan penduduk bersatu-padu, elak dimanipulasi pihak asing

Apr 27, 2025 | 2:06 PM
PAP, GE2025, GRC Jalan Besar
Pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang bertanding di GRC Jalan Besar pada Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025), (dari kiri) calon PAP Encik Shawn Loh; Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo; Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central, Cik Denise Phua Lay Peng dan Dr Wan Rizal Wan Zakariah bergambar bersama penduduk di Pusat Penjaja Boon Keng. - Foto ST

Keharmonian kaum di Singapura amat berharga, dan rakyat harus sentiasa bersatu, meskipun terdapat kebimbangan tentang pengaruh luar, kata calon Parti Tindakan Rakyat (PAP), Dr Wan Rizal Wan Zakariah, pada satu acara media di Pasar dan Pusat Makanan Upper Boon Keng pada 27 April.

Beliau menekankan kepentingan sikap tolong-menolong sebagai cara menaikkan taraf masyarakat dan menguatkan semangat antara satu sama lain.

“Kita menolak segala hal campur tangan yang akan mengganggu keharmonian rakyat Singapura... perkara ini tidak boleh diambil ringan sahaja, dan kita harus sentiasa bersatu sebagai sebuah rakyat,” kata Dr Wan Rizal.

Yang penting, katanya, adalah memastikan bahawa setiap suara dapat dikemukakan, dan bukan sahaja dari sudut pandangan satu golongan sahaja. Melalui cara itu ia dapat memastikan semua keperluan penduduk dapat dipenuhi, dan tiada golongan yang rasa terpinggir.

Menceritakan tentang pengalamannya sebagai Pengerusi Masjid Al-Islah, beliau dapat menyaksikan sikap rakyat Singapura yang saling membantu, tidak kira bangsa atau agama, melalui pelbagai program dan projek kumpul dana oleh masjid tersebut.

Memberitahu Berita Harian (BH) rancangannya untuk memastikan keperluan masyarakat Melayu/Islam di GRC Jalan Besar dipenuhi, Dr Rizal berkata:

“Ramai penduduk sering mengemukakan isu kehidupan harian, dan apa yang pasukan kami dapat menyumbang kepada masyarakat dan kawasan ini.”

Sentiasa mengingatkan orang awam tentang salah satu tumpuan utamanya iaitu kesihatan mental, Dr Wan Rizal berkata pelbagai isu seperti yang dibangkitkannya di Parlimen seperti hak pekerja untuk tidak ‘diganggu’ majikan selepas waktu kerja – sepatutnya ditangani dengan secara menyeluruh.

Anggota pasukan PAP GRC Jalan Besar lain termasuk Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo; Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central, Cik Denise Phua; dan Encik Shawn Loh turut hadir pada lawatan pagi 27 April itu.

Ini merupakan lawatan menemui penduduk kedua mereka sejak Hari Penamaan Calon pada 23 April, yang mana pasukan itu berusaha berinteraksi bersama penduduk sambil mengenali serta memahami kebimbangan mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg