Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PAP berentap dengan PSP bagi SMC Pioneer

Apr 23, 2025 | 12:38 PM
Encik Patrick Tay
Encik Patrick Tay - Foto PAP

Calon Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Patrick Tay, berdepan dengan Cik Stephanie Tan daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP) untuk merebut kerusi Parlimen SMC Pioneer dalam Pilihan Raya Umum (GE) 2025.

Kededua calon telah disahkan di Pusat Pencalonan Sekolah Tinggi Nan Hua semasa Hari Penamaan Calon pada 23 April.

Encik Tay, yang juga Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), dijangka mempertahankan SMC Pioneer yang telah dimenanginya dalam GE2020 dengan hampir 62 peratus undi, mengalahkan calon PSP, Encik Lim Cher Hong.

Beliau tiba di Pusat Pencalonan sekitar 10 pagi, disusuli Cik Tan – kededua calon tiba bersama anggota parti masing-masing yang turut bertanding dalam GRC West Coast-Jurong West.

Selain SMC Pioneer, PSP turut bertanding bagi SMC Marymount, SMC Kebun Baru dan SMC Bukit Gombak, sekali gus mengetengahkan 13 calon dalam dua GRC dan empat SMC.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg