SPH Logo mobile
Langgan|

PAP perkenalkan 32 calon baru, 13 wanita

PAP perkenalkan 32 calon baru, 13 wanita

Apr 17, 2025 | 6:29 PM

PAP perkenalkan 32 calon baru, 13 wanita

PAP akan menampilkan 32 calon baru dalam Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) akan datang, kumpulan muka baru terbesar dalam beberapa dekad, sebagai sebahagian daripada pembaharuan kepimpinan nasional.
PAP akan menampilkan 32 calon baru dalam Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) akan datang, kumpulan muka baru terbesar dalam beberapa dekad, sebagai sebahagian daripada pembaharuan kepimpinan nasional. - Foto ST

Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan menampilkan 32 calon baru dalam Pilihan Raya Umum (GE) 2025 akan datang – kumpulan muka baru terbesar dalam tempoh beberapa dekad – sebagai sebahagian daripada pembaharuan kepimpinan nasional.

Ia memperkenalkan lebih ramai wanita berbanding sebelum ini – 13 calon wanita akan membuat penampilan sulung, meningkat daripada 10 semasa GE2020, lapor The Straits Times.

Ketika mendedahkan barisan tersebut pada 17 April bersama manifesto PAP, Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata salah satu keutamaannya adalah memperbaharui pasukan dan membawa masuk orang berkebolehan untuk menjadi pelapis, penyandang jawatan dan pemimpin masa depan.

Encik Wong, yang juga Setiausaha Agung PAP, berkata kumpulan itu akan menyuntik tenaga segar, idea baru dan pelbagai perspektif ke dalam pasukan kepimpinan, mengukuhkan keupayaannya untuk mentadbir Singapura dalam dunia yang lebih kompleks dan tidak menentu.

Jika dipilih, beberapa calon baru itu akan membentuk teras pasukan generasi kelima dan memastikan Singapura terus berada di tangan yang baik, tambahnya.

“Kita perlu mendedahkan mereka supaya mereka boleh belajar, berkembang dan akhirnya sebahagian daripada mereka akan memikul tanggungjawab yang lebih besar.

“Itulah sebabnya saya bekerja keras dan berusaha dengan keras untuk memperbaharui pasukan kami dalam pilihan raya ini – supaya kami bersedia dengan baik untuk masa hadapan, supaya PAP boleh menawarkan warga Singapura pasukan yang berkebolehan dan kuat, untuk menerajui bukan sahaja untuk lima tahun akan datang, malah untuk 10 hingga 20 tahun akan datang,” kata Encik Wong.

Slogan PAP untuk GE2025 ialah ‘Dunia berkisar. Barisan Segar. Azam berkobar. Demi masa depan yang lebih cerah untuk anda’.

Encik Wong telah memperkenalkan setiap 32 calon pada 17 April, yang datang dari pelbagai latar belakang, termasuk Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), perkhidmatan awam, sektor swasta, ahli akademik, kesatuan sekerja dan agensi perkhidmatan sosial.

Antara 24 yang bakal bertanding di kawasan yang dikuasai PAP ialah Encik Jeffrey Siow, mantan Setiausaha Tetap Kedua (Tenaga Manusia merangkap Perdagangan dan Perusahaan) dan mantan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Syed Harun Alhabsyi, yang juga pakar psikiatri menyokong kesihatan mental.

Bercakap kepada media selepas acara itu, muka baru PAP, pakar ortopedik, Dr Hamid Razak, berkata manifesto PAP bersifat inklusif, dengan pelbagai isu yang dihadapi rakyat Singapura dalam kehidupan seharian mereka.

“Kita mempunyai perkara seperti soal kebebasan kewangan bagi pesara contohnya, penjagaan kesihatan untuk semua orang dan peluang untuk keluarga, malah persekitaran dan kemampanan,” kata Dr Hamid.

Menurutnya, Anggota Parlimen (AP) yang dipilih perlu membawa isu ini ke lapangan dan menyampaikannya dengan cara yang boleh difahami penduduk.

“Kita perlu mendedahkan mereka supaya mereka boleh belajar, berkembang dan akhirnya sebahagian daripada mereka akan memikul tanggungjawab yang lebih besar. Itulah sebabnya saya bekerja keras dan berusaha dengan keras untuk memperbaharui pasukan kami dalam pilihan raya ini – supaya kami bersedia dengan baik untuk masa hadapan, supaya PAP boleh menawarkan warga Singapura pasukan yang berkebolehan dan kuat, untuk menerajui bukan sahaja untuk lima tahun akan datang, malah untuk 10 hingga 20 tahun akan datang.” 
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP).
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg