Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PAP, SDP, NSP tanding di GRC Sembawang

Apr 23, 2025 | 1:25 PM
Encik Ong Ye Kung, bertanding, GRC Sembawang
Encik Ong Ye Kung akan mengetuai pasukan PAP bertanding di GRC Sembawang. - Foto fail

Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, akan memimpin pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi GRC Sembawang dalam Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025).

Anggota pasukan PAP lain adalah Cik Mariam Jaafar dan Encik Vikram Nair, dan dua muka baru Encik Ng Shi Xuan dan Encik Gabriel Lam.

Pasukan itu akan bersaing dengan pasukan Parti Demokratik Singapura (SDP) dan Parti Perpaduan Nasional (NSP).

SDP dianggotai Naib Pengerusi parti, Encik Bryan Lim; Timbalan Ketua Dasar parti, Dr James Gomez, dan Bendahari parti, Cik Surayah Akbar, Encik Damanhuri Abas dan Encik Alfred Tan.

Memimpin pasukan NSP di GRC Sembawang pula ialah Setiausaha Agung NSP, Encik Spencer Ng, yang juga telah menerajui pasukan untuk bertanding di sana pada GE2015 dan GE2020.

Anggota NSP lain ialah Cik Verina Ong, Encik Lee Wei, Encik Yadzeth Hairis dan Encik Raiyian Chia

Semasa Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020), PAP memenangi GRC Sembawang dengan 67.29 peratus undi menentang NSP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg