Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pendidikan, kesihatan mental antara isu mahu diketengah muka baru PSP

Apr 12, 2025 | 7:28 PM
Cik Stephanie Tan, yang disebut-sebut sebagai calon Parti Kemajuan Singapura (PSP) di SMC Pioneer, bersama  pengerusi parti, Dr Tan Cheng Bock, dan Encik Lim Cher Hong di kedai kopi di Blok 651, Jurong West 61Jurong pada 12 April.
Cik Stephanie Tan, yang disebut-sebut sebagai calon Parti Kemajuan Singapura (PSP) di SMC Pioneer, bersama pengerusi parti, Dr Tan Cheng Bock, dan Encik Lim Cher Hong di kedai kopi di Blok 651, Jurong West 61Jurong pada 12 April. - Foto PSP

Pendidikan dan kesihatan mental dekat di hati Cik Stephanie Tan sedang beliau membesarkan dua anaknya.

Anggota Parti Kemajuan Singapura (PSP) berusia 38 tahun itu berkata dua perkara itu saling berkait rapat dan perlu dinilai secara bersama, dan antara isu yang akan beliau ketengahkan jika dipilih dalam Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025).

Peguam lulusan Universiti Nasional Singapura (NUS) yang kini suri rumah itu berkata demikian selepas diperkenalkan oleh pengerusi PSP, Dr Tan Cheng Bock, pada 12 April.

Berkongsi kepada media selepas mengunjungi kedai kopi di Blok 651, Jurong West 61, Cik Tan berkata: “Saya benar-benar sukakan kanak-kanak, jadi saya prihatin mengenai isu yang menjejas kanak-kanak. Secara khususnya, pendidikan dan kesihatan mental kanak-kanak Singapura.”

Dasar pendidikan yang mengambil kira dua perkarar itu secara bersama dapat membentuk kanak-kanak bahagia dan sihat, ujarnya.

Cik Tan antara calon baru yang mungkin bertanding di SMC Pioneer – salah satu daripada sekurang-kurangnya tiga Kawasan Undi Perseorangan (SMC) yang menjadi tumpuan PSP dalam GE2025.

Kawasan lain yang ingin ditandingi parti itu ialah SMC Marymount dan SMC Kebun Baru, SMC yang ditandinginya semasa kemunculan sulungi parti itu pada GE2020.

Di SMC Marymount, setiausaha agung PSP, Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Leong Mun Wai, dilihat mengadakan lawatan di Pusat Beli-Belah Bishan North bersama seorang lagi parti, Encik Jeffrey Khoo, pada 12 April.

Kawasan itu dimenangi Anggota Parlimen (AP) semasa daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP), Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang, dengan 55.04 peratus undi pada GE2020.

The Straits Times menukil Encik Khoo berkata PSP telah mengadakan sesi lawatan di kawasan undi itu dan ia “adalah kawasan yang dekat di hati”.

“Kami berharap penduduk Marymount memberikan kami peluang berkhidmat untuk mereka di Parlimen,” katanya.

Encik Khoo pernah menjadi anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) PSP dan calon GRC West Coast dalam GE2020.

Di Pusat Pasar dan Makanan Mayflower dalam SMC Kebun Baru, PSP mengadakan lawatan penduduk yang diketuai naib pengerusi pertama parti, Cik Hazel Poa, juga seorang NCMP.

Cik Poa disertai suaminya, Encik Tony Tan, yang beliau sifatkan sebagai “salah satu calon berpotensi”.

Encik Tan berkata: “Kos sara hidup tinggi dan ketidaktentuan ekonomi akan memberi beban tinggi kepada masyarakat, sekali gus merenggangkan fabrik sosial.

“Akan ada rakyat Singapura yang rasa ketinggalan, atau sudah ketinggalan, dan sebagai sebuah negara, kita boleh melakukan lebih banyak untuk mereka.”

PSP tewas di tangan AP PAP semasa, Encik Henry Kwek, yang menang 62.92 peratus undi.

Sementera itu, Encik Leong pada 6 April berkata bilangan calon yang akan PSP tampilkan dalam GE2025 lebih rendah berbanding GE2020, namun beliau tidak memberi perincian bilangannya.

Parti itu menampilkan 24 calon yang bertanding di empat GRC dan lima SMC pada GE2020.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg