Perdana Menteri dan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Lawrence Wong, sudah bersiap siaga dalam memulakan kempen Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) dengan bertemu penduduk di Yew Tee Square seawal 8 pagi, pada 25 April.
Beliau, yang bertanding di GRC Marsiling-Yew Tee, ditemani Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North West, Encik Alex Yam, di kawasan berhampiran stesen MRT Yew Tee itu.
Turut bertanding dalam pasukan PAP di GRC Marsiling-Yew Tee adalah Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, dan Cik Hany Soh.
Mereka akan bertanding menentang pasukan Parti Demokratik Singapura (SDP), yang terdiri daripada setiausaha penganjur parti itu, Encik Jufri Salim; pengasas laman web berita alternatif Wake Up, Singapore (WUSG), Encik Ariffin Iskandar Sha Ali Akbar; pengarah teater, Encik Alec Tok; dan mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gulf Oil China, Cik Gigene Wong.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg