Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Tharman tiba di Brussels

Mar 24, 2025 | 7:10 PM
Presiden Tharman Shanmugaratnam dan isteri, Puan Jane Ittogi, tiba di Brussels pada 23 Mac, sebagai sebahagian daripadan lawatan rasmi ke Belgium.
Presiden Tharman Shanmugaratnam dan isteri, Puan Jane Ittogi, tiba di Brussels pada 23 Mac, sebagai sebahagian daripadan lawatan rasmi ke Belgium. - Foto MDDI

Presiden Tharman Shanmugaratnam telah tiba di Brussels pada 23 Mac, sebagai sebahagian daripada lawatan rasminya ke Belgium.

Beliau akan berada di Belgium dari 23 hingga 26 Mac, dan Luxembourg pada 27 dan 28 Mac.

Lawatan rasminya ke Luxembourg menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kededua negara.

Tuan Presiden akan menghadiri dua jamuan negara, di Brussels yang dihoskan oleh Raja Philippe dan Ratu Mathilde; dan di Luxembourg, dihoskan oleh Grand Duke Henri dan Grand Duchess Maria Teresa.

Beliau ditemani oleh isterinya, Puan Jane Ittogi; Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Kedua Kewangan, Encik Chee Hong Tat; Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling; dan Anggota Parlimen (AP), Encik Vikram Nair dan Encik Sharael Taha.

Rombongan itu turut disertai pegawai daripada Pejabat Presiden, Kementerian Ehwal Luar (MFA), Kementerian Pengangkutan (MOT), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg