Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Tharman lawat Belgium, Luxembourg

Mar 22, 2025 | 8:05 PM
Presiden Tharman Shanmugaratnam akan mengadakan lawatan negara ke Belgium dari 23 hingga 26 Mac 2025 dan kemudian ke Luxembourg dari 27 hingga 28 Mac 2025. 
Presiden Tharman Shanmugaratnam akan mengadakan lawatan negara ke Belgium dari 23 hingga 26 Mac 2025 dan kemudian ke Luxembourg dari 27 hingga 28 Mac 2025.  - Foto fail

Presiden Tharman Shanmugaratnam akan mengadakan lawatan negara ke Belgium dari 23 hingga 26 Mac.

Ini akan disusuli dengan lawatan beliau ke Luxembourg dari 27 hingga 28 Mac.

Lawatan Tuan Presiden ke Luxembourg juga menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Singapura dengan Luxembourg, sekali gus mengukuhkan hubungan erat antara kedua-dua negara.

Di Belgium, Tuan Presiden akan menerima sambutan istiadat di istana diraja oleh Raja Philippe dan Ratu Mathilde, yang turut akan menjadi tuan rumah bagi jamuan negara.

Sepanjang lawatan itu, Tuan Presiden akan bertemu dengan Senator Belgium dan ahli-ahli Dewan Perwakilan, serta Perdana Menteri, Encik Bart De Wever, dan Datuk Bandar Brussels, Encik Philippe Close.

Selain itu, Tuan Presiden dan Raja Philippe akan menghadiri program bersama dengan pertubuhan tidak mencari untung, yang memberi tumpuan kepada pemerkasaan belia.

Beliau juga akan bertemu dengan pemimpin perniagaan Belgium daripada pelbagai sektor utama termasuk nanoelektronik, biosains, tenaga boleh diperbaharui dan kewangan.

Tuan Presiden juga akan melawat kawasan luar Brussels, termasuk Flanders dan Wallonia, dua wilayah ekonomi penting di Belgium.

Di Flanders, beliau akan melawat terminal Europa, PSA Antwerp, di Pelabuhan Antwerp-Bruges, salah satu pelabuhan terbesar dan tersibuk di Eropah.

Di Wallonia, beliau akan mengunjungi Universiti Catholique De Louvain dan kemudahan pemecut zarah Penggunaan Pancaran Ion atau Ion Beam Application, di Taman Sains Louvain-la-Neuve, mencerminkan minat Singapura dalam teknologi maju serta kerjasama saintifik.

Beliau juga akan menghadiri majlis khas bersama rakyat Singapura yang menetap di Belgium, Luxembourg dan Belanda.

Lawatan Tuan Presiden ke Luxembourg akan merangkumi sambutan istiadat di Istana Grand-Ducal, diikuti dengan jamuan negara yang dihoskan oleh Grand Duke Henri dan Grand Duchess Maria Teresa.

Beliau dijadualkan bertemu dengan Presiden Dewan Perwakilan Luxembourg; Perdana Menteri, Encik Luc Frieden; serta Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Luar, Encik Xavier Bettel.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama dua hala yang semakin berkembang dalam teknologi angkasa lepas dan pertahanan awam, Tuan Presiden akan melawat syarikat sosial, Européenne des Satellites, sebuah syarikat penyedia khidmat komunikasi satelit yang terkemuka dan Pusat Bomba dan Penyelamat Nasional di Luxembourg.

Beliau juga akan bertemu dengan wakil sektor kewangan Luxembourg dan melawat Muzium Seni Kontemporari Luxembourg, di mana beliau akan menyaksikan pameran Time & the Tiger oleh artis Singapura, Ho Tzu Nyen.

Tuan Presiden akan diiringi isterinya, Puan Jane Ittogi; Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat; Menteri Negara, Cik Sun Xueling; Ahli Parlimen (AP) Encik Vikram Nair dan Encik Sharael Taha; serta pegawai daripada pelbagai agensi pemerintah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg