Pritam: Berbeza dengan PAP, pembangkang tiada ‘jaringan keselamatan’ jika tewas GE

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pritam: Berbeza dengan PAP, pembangkang tiada ‘jaringan keselamatan’ jika tewas GE

Apr 27, 2025 | 11:01 PM

Pritam: Berbeza dengan PAP, pembangkang tiada ‘jaringan keselamatan’ jika tewas GE

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
(Dari kanan) Ketua Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh; calon WP bagi SMC Jalan Kayu, Encik Andre Low; dan pengerusi parti, Cik Sylvia Lim, ditemui media di Pusat Penjaja Fernvale pada 27 April.
(Dari kanan) Ketua Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh; calon WP bagi SMC Jalan Kayu, Encik Andre Low; dan pengerusi parti, Cik Sylvia Lim, ditemui media di Pusat Penjaja Fernvale pada 27 April. - Foto ST

Calon parti pembangkang tiada ‘jaringan keselamatan’ seperti calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang membolehkan mereka berkhidmat kepada negara dalam pelbagai kapasiti jika tewas dalam pilihan raya, kata Ketua Parti Pekerja (WP) Encik Pritam Singh.

Justeru, warga Singapura perlu mempertimbangkan dengan serius untuk mengadakan lebih banyak suara pembangkang yang mantap di Parlimen.

Ini lebih-lebih lagi kerana WP telah mengemukakan pasukan yang kuat untuk bertanding di Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025), kata beliau lagi.

Bercakap kepada media di Pusat Penjaja Fernvale dalam SMC Jalan Kayu pada 27 April, Encik Pritam menekankan bahawa, berbanding dengan calon PAP yang boleh ke Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) jika tewas dalam pilihan raya, calon pembangkang tidak mempunyai “jaringan keselamatan” sedemikian.

“Trampolin PAP, cara sistem kita diatur, tidak akan menghalang individu-individu baik daripada berkhidmat kepada negara dalam pelbagai kapasiti. Tetapi (calon) pembangkang tidak mempunyai jaringan keselamatan ini. Itulah kenyataannya,” kata Encik Pritam.

Kata-kata Encik Pritam itu sambungan hujahnya semasa berucap di rapat WP pada 26 April.

Beliau telah berkata Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, dan Penolong Setiausaha Agung, Encik Desmond Choo, masih boleh terus membantu pekerja jika mereka tidak dipilih dalam GE2025.

Justeru, Encik Pritam menggesa pengundi agar mengundi calon WP bagi SMC Jalan Kayu, Encik Andre Low, dan calon parti itu bagi SMC Tampines Changkat, Encik Kenneth Foo.

Encik Low akan bersaing dengan Encik Ng manakala Encik Foo akan menghadapi Encik Choo di GE2025.

Merujuk pada hubungan rapat NTUC dengan PAP pula, Encik Pritam berkata NTUC bak “trampolin yang dijaminkan” bagi calon PAP yang tewas dan Encik Ng dan Encik Choo mungkin akan terus berkhidmat dalam gerakan buruh itu jika tidak dipilih pada GE2025.

Memberi respons semasa bertemu wartawan pada 27 April, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing berkata sokongan lebih kukuh yang diberikan kepada ketua dan AP gerakan pekerja bermakna mereka mempunyai mandat dan keyakinan lebih besar untuk bercakap bagi pekerja melangkaui NTUC.

Mengulas komen Encik Chan itu semasa bertemu media di pusat penjaja Fernvale, Encik Pritam mengulangi apa yang beliau katakan semasa ucapan rapatnya, bahawa sebarang setiausaha agung NTUC, berdasarkan “hubungan simbiotik” antara NTUC dengan PAP, boleh dengan mudah melobi untuk pekerja bersama pemerintah.

Sementara itu, Encik Pritam berkata WP tidak memandang serius tentang Encik Mohammed Noor Mohammed Deros dan menyangkal tanggapan bahawa parti itu mengambil masa agak lama untuk bertindak balas kepada kiriman berhubung WP yang dibuat guru agama Singapura yang berpangkalan di Malaysia itu.

Encik Noor Deros, menjadi perhatian selepas pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap beberapa warga asing kerana campur tangan dalam pilihan raya dengan menggesa rakyat Singapura mengundi mengikut agama.

Menurut Encik Pritam, sesiapa sahaja boleh mengaku beliau ada sokongan AP WP dan menjalankan ideanya menerusi AP WP.

“Persoalannya adalah, adakah AP Parti Pekerja akan melakukannya? Kami tidak akan melakukannya. Kami akan menggunakan suara kami di Parlimen hari ini bagi pihak semua warga Singapura, dalam konteks berbilang kaum, dalam konteks sekular,” tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg