Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Shanmugam: Parti perlu jelas tentang fakta ketika buat usulan

Pasukan PAP di GRC Nee Soon lancar manifesto ‘Nee Soon: Penduduk Dahulu’
Apr 24, 2025 | 7:19 PM
GRC Nee Soon, PAP, RDU
Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam (tengah) melancarkan manifesto bagi GRC Nee Soon pada 24 April. Bersamanya ialah anggota pasukan PAP bagi GRC itu yang lalu dan kini iaitu (dari kiri) Cik Carrie Tan, Cik Goh Hanyan, Encik Jackson Lam, Cik Lee Hui Ying, Dr Syed Harun Alhabsyi dan Encik Derrick Goh. - Foto ZAOBAO

Dalam membuat usulan semasa Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025), setiap parti digalakkan agar jelas tentang fakta berhubung perkara yang diutarakan.

Demikian dinyatakan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, pada 24 April kepada media, ketika melancarkan manifesto GRC Nee Soon.

Pelancaran itu diadakan di cawangan Chong Pang Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Yishun Ring Road dan turut melibatkan anggota pasukan Encik Shanmugam yang lain iaitu muka-muka baru, Dr Syed Harun Alhabsyi, Encik Jackson Lam, Cik Lee Hui Ying dan Cik Goh Hanyan.

Dua anggota pasukannya yang lalu, Cik Carrie Tan dan Encik Derrick Goh, turut hadir.

Dalam GE2025, pasukan PAP akan bersaing dengan pasukan parti pembangkang Titik Merah Bersatu (RDU).

Pasukan RDU dianggotai setiausaha agungnya, Encik Ravi Philemon; pengerusi parti itu, Dr David Foo; Ketua Dasar dan Ketua Biro Melayu, Dr Syed Alwi Ahmad; Cik Sharon Lin; dan Cik Pang Heng Chuan.

Sebagai sebahagian kempen mereka, RDU, antara lain, mengusulkan agar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikembalikan kepada tujuh peratus supaya rakyat memiliki lebih banyak wang dalam saku.

“Saya rasa apa yang akan membantu adalah kejelasan tentang fakta.

“Apabila penduduk tanya saya, saya terangkan kepada mereka,” kata Encik Shanmugam.

Mengenai usulan RDU berkenaan GST, beliau berkata Singapura sedang menghadapi isu-isu di peringkat kebangsaan, seperti penduduk yang semakin menua dan keperluan penjagaan kesihatan yang serius, yang menghendaki pelaksanaan langkah-langkah yang diperlukan.

Encik Shanmugam berkata GST rata-rata dibayar golongan berpendapatan tinggi dan diagihkan semula kepada penduduk.

Beliau berharap pembangkang memperjelas isu ini juga.

“Saya fikir adalah penting kita memperjelaskannya, daripada mengatakan sesuatu yang mungkin hanya sebahagiannya tepat,” kata Encik Shanmugam.

Mengenai persaingan dengan RDU, Encik Shanmugam berkata pilihan raya ini pada akhirnya, adalah mengenai apa yang setiap pasukan boleh tawarkan kepada penduduk Nee Soon.

Beliau juga berkata adalah baik untuk penduduk mempunyai pilihan.

“Saya telah bercakap dengan Encik Ravi dan kami setuju bahawa adalah baik penduduk diberi pilihan.

“Kami masing-masing akan mengemukakan dasar-dasar kami.

“Kami semua mahukan yang terbaik untuk Singapura dan Nee Soon,” kata Encik Shanmugam.

“Penduduk akan perlu menyatakan siapa yang mereka percaya boleh melakukan yang terbaik untuk mereka di peringkat tempatan dan juga kebangsaan,” tambahnya.

Ketika mengumumkan manifesto ‘Nee Soon: Penduduk Dahulu’, Encik Shanmugam berkata jika pasukan PAP dipilih, penduduk boleh menjangkakan lebih banyak kemudahan penjagaan kanak-kanak dan perkhidmatan penjagaan warga emas, akses lebih baik kepada pengangkutan utama termasuk Koridor Utara-Selatan dan infrastruktur yang dipertingkat seperti laluan pejalan kaki berbumbung dan ruang bebas halangan di kawasan undi itu.

Semasa GE2020, pasukan PAP menewaskan Parti Kemajuan Singapura (PSP) dengan 61.9 peratus undi.

“Saya rasa apa yang akan membantu adalah kejelasan tentang fakta. Apabila penduduk tanya saya, saya terangkan kepada mereka... Saya fikir adalah penting kita memperjelaskannya, daripada mengatakan sesuatu yang mungkin hanya sebahagiannya tepat.”
Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, yang menerajui pasukan PAP di GRC Nee Soon.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg