Shanmugam terajui PAP di GRC Nee Soon, lawan RDU
Apr 23, 2025 | 1:30 PM
Pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan bersaing dengan pasukan parti pembangkang Titik Merah Bersatu (RDU) untuk menguasai GRC Nee Soon.
Permohonan kededua pasukan untuk bertanding di kawasan undi itu diterima pada Hari Penamaan Calon pada 23 April.
Pasukan PAP yang diterajui Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, itu terdiri daripada empat muka baru iaitu Dr Syed Harun Alhabsyi, Encik Jackson Lam, Cik Lee Hui Ying, dan Cik Goh Hanyan.
Pasukan RDU pula dianggotai setiausaha agungnya, Encik Ravi Philemon, pengerusi, Dr David Foo, Ketua Dasar dan Ketua Biro Melayu, Dr Syed Alwi Ahmad, Cik Sharon Lin dan Cik Pang Heng Chuan.
Laporan berkaitan
AP GRC Nee Soon Louis Ng, Carrie Tan, Derrick Goh berundur dari politikApr 22, 2025 | 2:16 PM
Syed Harun bertanding demi penduduk Nee SoonApr 21, 2025 | 7:24 PM

