Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SM Lee terserempak calon SUP di Pusat Makanan Ang Mo Kio

Apr 24, 2025 | 6:25 PM
Bendahari Parti Bersatu Singapura (SUP), Cik Noraini Yunus (tiga dari kanan), bertembung dengan Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong (dua dari kanan), di Pusat Makanan Ang Mo Kio pada 24 April. Cik Noraini sedang melakukan lawatan bertemu penduduk bersama anggota SUP lain, termasuk Encik Nigel Ng (kiri) dan Encik Andy Zhu (kanan).
Bendahari Parti Bersatu Singapura (SUP), Cik Noraini Yunus (tiga dari kanan), bertembung dengan Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong (dua dari kanan), di Pusat Makanan Ang Mo Kio pada 24 April. Cik Noraini sedang melakukan lawatan bertemu penduduk bersama anggota SUP lain, termasuk Encik Nigel Ng (kiri) dan Encik Andy Zhu (kanan). - Foto ZAOBAO

Timbalan Setiausaha Agung dan Bendahari Parti Bersatu Singapura (SUP), Encik Darren Soh, dan Cik Noraini Yunus – antara calon yang akan bertanding di GRC Ang Mo Kio pada Pilihan Raya Umum (GE) kali ini – telah bertembung dengan Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, di Pusat Makanan Ang Mo Kio pada 24 April.

Encik Lee mengalu-alukan kehadiran SUP di kawasan Teck Ghee, dan mereka bersalaman sebagai tanda hormat.

Beberapa anggota parti SUP lain, termasuk Encik Andy Zhu, Encik Nigel Ng dan Dr Vincent Ng, turut hadir untuk berkongsi manifesto parti mereka yang diterbitkan pada 23 April.

Pengerusi SUP, Dr Ridhuan Chandran, tidak hadir bersama mereka.

Manifesto tersebut menggariskan keinginan mereka untuk membangunkan negara yang lebih adil dan inklusif.

Antara cadangan SUP termasuk memberikan pendidikan rendah percuma, fleksibiliti untuk mengakses dana Tabung Simpanan Pekerja (CPF) selepas umur persaraan (65 tahun), serta penjagaan kesihatan yang mampu dimiliki warga Singapura.

Selain SUP, Parti Kuasa Rakyat (PPP) juga akan bertanding di GRC Ang Mo Kio, yang bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada Hari Mengundi yang berlangsung pada 3 Mei.

Pasukan PPP yang bertanding di GRC itu terdiri daripada Encik William Lim, Encik Martinn Ho, Encik Thaddeus Thomas, Encik Samuel Lee dan Encik Heng Zheng Dao.

Pasukan PAP di GRC Ang Mo Kio pula diketuai Encik Lee serta anggota lain, Encik Darryl David, dan Cik Nadia Samdin.

Muka baru PAP, Cik Jasmin Lau dan Encik Victor Lye, turut diperkenalkan dalam pasukan tersebut semasa satu sidang media pada 19 April.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg