Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SM Teo: Beri mandat kuat kepada PM Wong

Pemerintah kukuh, stabil bolehkan negara harungi cabaran masa depan
Apr 28, 2025 | 9:53 PM
Semasa rapat Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi GRC Pasir Ris-Changi di Maktab Rendah Tampines Meridian pada 28 April, Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, berkata cara terbaik membuat persiapan bagi dunia penuh tidak ketidakpastian adalah dengan pemerintah yang kukuh dan stabil.
Semasa rapat Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi GRC Pasir Ris-Changi di Maktab Rendah Tampines Meridian pada 28 April, Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, berkata cara terbaik membuat persiapan bagi dunia penuh tidak ketidakpastian adalah dengan pemerintah yang kukuh dan stabil. - Foto TANGKAP LAYAR YOUTUBE BERITA HARIAN SINGAPURA

Cara terbaik untuk membuat persiapan menghadapi cabaran dalam dunia yang bergolak adalah dengan pemerintah yang kukuh dan stabil untuk memimpin negara ke hadapan, kata Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean.

Semasa berucap di rapat Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi GRC Pasir Ris-Changi di Maktab Rendah Tampines Meridian pada 28 April, Encik Teo berkata:

“Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, sedang membentuk pasukan yang mempunyai 32 muka baru… bukan sahaja untuk lima tahun akan datang, tetapi untuk 10 hingga 15 tahun akan datang, supaya kita mempunyai kesinambungan dan kestabilan.

“Kestabilan dan kesinambungan adalah ciri khas Singapura, dan dalam masa yang tidak menentu ini, ia sangat berharga.

“Ini kerana orang ramai (pelabur asing) mahukan kesinambungan dan kestabilan untuk melabur… dan jika kita menawarkan itu kepada mereka, maka kita mempunyai kelebihan berbanding negara lain.”

Encik Teo, yang baru-baru ini bersara daripada politik dan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025), turut menyentuh tentang tarif tinggi yang dikenakan Amerika Syarikat sebagai salah satu faktor yang menyebabkan ketidakpastian dunia.

Justeru, beliau berkata pelabur asing dan negara lain kini memperhatikan Singapura dan keputusan GE2025.

“Kita boleh membantu PM Wong membina dan mengukuhkan pasukannya untuk berkhidmat untuk Singapura, untuk penduduk, untuk anda.

“Beri PM Wong mandat yang kuat supaya beliau mempunyai kekuatan untuk berunding dengan negara lain,” seru Encik Teo kepada penyokong.

Semasa rapat tengah hari Fullerton PAP di UOB Plaza pada hari sama (28 April), PM Wong berkata pembaharuan adalah penting demi negara untuk memastikan perspektif dan tenaga baru bagi membina Singapura yang lebih baik.

PM Wong, yang juga Setiausaha Agung PAP, menyeru agar pengundi memilih pasukan terbaik kerana pemerintah yang lemah akan menjejas kedudukan Singapura dalam dunia yang tidak menentu dan kian bergolak.

Semasa rapat di Maktab Rendah Tampines Meridian, Encik Teo turut merakamkan penghargaan kepada Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Maliki Osman, yang sebelum ini telah menjaga penduduk Changi.

Kawasan Changi kini diserap GRC Pasir Ris-Changi yang baru setelah sempadan kawasan undi diubah berdasarkan laporan Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya (EBRC) pada 11 Mac.

“Saya berterima kasih kepada Dr Maliki kerana telah menjaga penduduk Changi dengan begitu baik.

“Kita telah secara rasmi bersama sebagai Pasir Ris-Changi untuk beberapa minggu sahaja tetapi rasanya kita sudah lama kenal satu sama lain,” ujarnya.

Encik Teo turut mengalu-alukan kehadiran Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, yang telah berpindah dari GRC Tanjong Pagar untuk memimpin GRC Pasir Ris-Changi baru itu.

Selain Cik Indranee, pasukan itu dianggotai Menteri Negara Kanan (Pejabat Perdana Menteri), Encik Desmond Tan; Encik Sharael Taha; dan muka baru PAP, Cik Valerie Lee.

Pada penghujung ucapannya, Encik Teo berkata:

“Cara terbaik untuk jalankan kerja baik di Pasir Ris-Changi adalah untuk beri sokongan penuh anda kepada pasukan PAP yang baru.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg