Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura derma AS$500,000 kepada Progam Makanan Sedunia untuk bantu Gaza

Nov 4, 2025 | 10:03 PM
Singapura telah menyerahkan derma AS$500,000 kepada Program Makanan Sedunia yang menjalankan program memberi makanan kepada mangsa perang di Gaza. (Dari kiri) Menteri Ehwal Luar dan Ekspatriat Penguasa Palestin, Cik Varsen Aghabekia; Ketua Program untuk Palestin di WFP, Cik Jane Waite, Wakil Singapura ke Penguasa Palestin, Encik Hawazi Daipi dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.
Singapura telah menyerahkan derma AS$500,000 kepada Program Makanan Sedunia yang menjalankan program memberi makanan kepada mangsa perang di Gaza. (Dari kiri) Menteri Ehwal Luar dan Ekspatriat Penguasa Palestin, Cik Varsen Aghabekia; Ketua Program untuk Palestin di WFP, Cik Jane Waite, Wakil Singapura ke Penguasa Palestin, Encik Hawazi Daipi dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan. - Foto BH oleh AZMI ATHNI

Singapura telah menyerahkan AS$500,000 ($642,000) kepada Program Makanan Sedunia (WFP) untuk membiayai usaha agensi bantuan kemanusiaan itu memberi makanan kepada mangsa perang di Gaza.

Wakil Singapura ke Penguasa Palestin, Encik Hawazi Daipi menyerahkan cek secara simbolik kepada Ketua Program WFP di Palestin, Cik Jane Waite, dalam satu majlis kecil di Pejabat Perwakilan Singapura di Maysoun, Ramallah, pada 4 November.

Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan yang sedang mengadakan lawatan kerja ke Wilayah Palestin dan Israel, hadir untuk menyaksikan penyerahan cek simbolik itu. Turut hadir ialah Menteri Ehwal Luar dan Ekspatriat Penguasa Palestin, Cik Varsen Aghabekia.

Dalam ucapannya, Dr Balakrishnan berkata Singapura akan terus memainkan peranan untuk menyokong WFP dalam menjalankan misi untuk memerangi kelaparan dan memberikan harapan kepada mangsa krisis.

“Usaha WFP adalah kritikal dalam menyokong orang di Gaza,” kata Dr Balakrishnan.

“WFP dan agensi bantuan utama yang lain akan terus diperlukan dengan masyarakat antarabangsa bersiap-siap menghadapi cabaran membina semula Gaza sejurus gencatan senjata tetap dicapai.”

Buat masa ini, Singapura telah menghantar 10 pakej bantuan kemanusiaan bernilai lebih $24 juta untuk membantu warga awam Palestin.

Pengarah kehormat pejabat perwakilan Singapura di Ramallah, Cik Shireen Shelleh berkata keadaan di Gaza amat mudarat dan dana daripada Singapura itu menunjukkan nasib warga Gaza dekat di hati Singapura dan rakyatnya.

“Sebarang sokongan boleh membantu warga Gaza... membangun semula negara dan kehidupan mereka,” ujar beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg