Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura tambah dua lagi kursus bina keupayaan Penguasa Palestin bangun semula Gaza

Nov 5, 2025 | 5:46 AM
Dr Balakrishnan (kiri) menyampaikan undangan rasmi kepada Perdana Menteri Penguasa Palestin, Encik Mohammad Mustafa untuk datang ke Singapura semasa kededua pemimpin itu bertemu di pejabat perdana menteri di Ramallah.
Dr Balakrishnan (kiri) menyampaikan undangan rasmi kepada Perdana Menteri Penguasa Palestin, Encik Mohammad Mustafa untuk datang ke Singapura semasa kededua pemimpin itu bertemu di pejabat perdana menteri di Ramallah. - Foto BH oleh AZMI ATHNI


Singapura akan menganjurkan lagi dua kursus pada 2026 untuk membantu Penguasa Palestin terus membina keupayaan membangun semula Gaza.

Dua kursus itu, yang bakal ditawarkan di bawah Pakej Bantuan Teknikal Dipertingkat (Etap) yang sedia ada merangkumi ekonomi digital dan keusahawanan digital.

Ia menambah kepada dua kursus yang diumumkan pada Julai 2025, iaitu untuk membina keupayaan polis dalam masyarakat dengan kerjasama Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun dan Program Peminpin Muda untuk pemimpin baru Palestin.

Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, mengumumkan dua kursus tambahan tersebut di Ramallah pada 4 November.

“Kursus-kursus itu akan memperkukuh keupayaan Penguasa Palestin untuk melaksanakan pentadbiran secara berkesan dan melakukan persiapan untuk mencapai pembangunan Dan keamanan yang berdaya tahan,” kata beliau.

Buat masa ini, lebih 800 pegawai Penguasa Palestin telah dilatih Di Singapura menerusi Etap.

Dr Balakrishnan berkata, Singapura komited menghulur bantuan untuk membangun batu asas masa depan lebih baik bagi semua warga Palestin dan untuk menyokong mereka dalam persiapan menjadi negara Palestin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg