Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura, M’sia perkukuh hubungan pertahanan dua hala

Aug 25, 2025 | 7:44 PM
S’pura, M’sia, perkukuh hubungan pertahanan
Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing (kanan), bertemu dengan Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin. - Foto MINDEF

Singapura dan Malaysia mengesahkan hubungan dua hala yang lama antara kededua negara menyusuli tertubuhnya rangka kerja yang saling menyokong dan membantu sekiranya berlaku sebarang insiden melibatkan kapal selam.

Ini selepas Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing, bertemu Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, dan turut memeriksa Kawalan Kehormat di Kementerian Pertahanan Malaysia pada 25 Ogos, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 25 Ogos.

Semasa pertemuan itu, kededua menteri mengesahkan hubungan dua hala yang kukuh dan lama antara Singapura dengan Malaysia serta nilai meningkatkan hubungan sesama anggota antara kededua kementerian pertahanan.

“Kededua menteri pertahanan juga membincangkan perkembangan dan kerjasama keselamatan serantau antara Singapura dengan Malaysia dalam platform pelbagai hala serantau seperti Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean (ADMM), ADMM-Plus, dan Persetujuan Pertahanan Lima Negara (FPDA),” kata kenyataan itu.

Sementara itu Mindef berkata bahawa kededua menteri turut menyaksikan satu perjanjian Pengaturan bagi Sokongan dan Kerjasama Menyelamat Kapal Selam Bersama antara Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (RMN).

Ditandatangani oleh Panglima Tentera Laut, Laksama Muda Sean Wat dan Panglima Tentera Laut RMN Laksamana (ADM) Tan Sri (Dr) Zulhelmy Ithnain, pengaturan itu menubuhkan satu rangka kerja bagi saling menyokong dan membantu sekiranya berlaku insiden melibatkan kapal selam.

Ini adalah bukti hubungan kukuh antara kedua-dua kementerian dan tentera laut, kata Mindef.

Sementara itu Encik Chan juga telah bertemu dengan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, Encik Nga Kor Ming.

Kededua menteri membincangkan cara bagi melanjutkan pertukaran perkhidmatan awam dalam bidang seperti perancangan dan pembangunan perumahan, menerusi interaksi antara pegawai awam serta lawatan sambil belajar.

Encik Chan berada di Malaysia dari 25 hingga 26 Ogos.

Beliau akan menyampaikan ucapan di Puspahanas, Pusat Pendidikan Pertahanan Nasional, di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia pada 26 Ogos.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg