Topik diikuti
Pergi ke BHkuSurat balas PM Wong kepada Faishal
Surat balas PM Wong kepada Faishal
Surat balas PM Wong kepada Faishal
20 Julai 2026
Encik Muhammad Faishal Ibrahim,
Saya telah menerima surat peletakan jawatan anda bertarikh 20 Julai 2026. Saya menerima keputusan anda untuk meletak jawatan sebagai Pemegang Jawatan Politik, dan sebagai anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP). Saya maklum bahawa anda juga telah meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen (AP) bagi GRC Marine Parade-Braddell Heights.
Saya berdukacita kerana anda meninggalkan politik dalam keadaan sebegini. Namun saya menghargai pengakuan anda bahawa tingkah laku anda tidak mencapai standard yang dijangkakan daripada anda, serta keputusan anda untuk bertanggungjawab ke atasnya.
Anda telah memberikan sumbangan besar sepanjang 20 tahun dalam perkhidmatan awam. Khususnya, saya menghargai perkhidmatan anda sepanjang setahun lalu sebagai Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam. Saya mengucapkan terima kasih atas semua sumbangan anda yang banyak kepada Singapura.
Saya harapkan yang terbaik untuk anda dan keluarga sedang anda meluangkan masa dan ruang yang diperlukan untuk menumpukan perhatian kepada keluarga anda.
Lawrence Wong
