Topik diikuti
Pergi ke BHkuSurat peletakan jawatan Faishal
Surat peletakan jawatan Faishal
Surat peletakan jawatan Faishal
20 Julai 2026
Yang Berhormat Perdana Menteri,
Saya menulis surat ini untuk memaklumkan anda mengenai keputusan saya untuk meletak jawatan sebagai Pemegang Jawatan Politik, Anggota Parlimen (AP), dan anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang berkuat kuasa serta-merta, atas sebab peribadi.
Satu situasi telah timbul melibatkan tingkah laku saya dengan seorang wanita yang merupakan orang awam. Walaupun tiada hubungan fizikal antara kami, dan saya tidak berniat untuk membiarkan interaksi tersebut berkembang menjadi sedemikian, terdapat kesilapan pertimbangan bagi pihak saya dalam cara saya mengendalikan interaksi tersebut, dan dalam kegagalan menetapkan batasan yang lebih jelas pada peringkat lebih awal.
Setelah bermuhasabah, saya sedar bahawa tingkah laku saya tidak mencapai standard yang dijangkakan daripada saya dan tidak selaras dengan tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya.
Justeru, saya telah membuat keputusan bahawa adalah wajar bagi saya untuk berundur daripada politik, supaya saya dapat menumpukan masa dan perhatian kepada keluarga saya.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Parti atas sokongan dan persahabatan anda selama ini.
Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim
