Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Taman berwajah baru di Sengkang menerusi pelan lima tahun WP

Apr 5, 2025 | 4:56 PM
Anggota Parlimen (AP) GRC Sengkang (dari kiri) Cik He Ting Ru, Profesor Madya Jamus Lim dan Encik Louis Chua memperkenalkan Pelan Induk lima tahun Majlis Bandaran Sengkang pada 5 April di Taman Arca Sengkang.
Anggota Parlimen (AP) GRC Sengkang (dari kiri) Cik He Ting Ru, Profesor Madya Jamus Lim dan Encik Louis Chua memperkenalkan Pelan Induk lima tahun Majlis Bandaran Sengkang pada 5 April di Taman Arca Sengkang. - Foto ST

Taman Arca Sengkang yang berusia 24 tahun di tengah-tengah Compassvale bakal menjalani perubahan besar dalam beberapa tahun akan datang.

Ini merupakan sebahagian daripada pelan induk lima tahun majlis perbandaran Parti Pekerja (WP) untuk Sengkang.

Pembaharuan pada taman itu yang terletak di sepanjang Compassvale Street, adalah rancangan utama dalam pelan jangka panjang yang diumumkan oleh Majlis Bandaran Sengkang (SKTC) pada 5 April.

Kemudahan lain dalam pelan tersebut termasuk taman rama-rama di atas bumbung di Anchorvale dan taman di Buangkok.

Selain itu, 96 projek penambahbaikan bandar, yang merangkumi laluan pejalan kaki berbumbung, taman permainan dan sudut penduduk, sedang dikaji SKTC, lapor The Straits Times (ST).

Mereka menyasar untuk melaksanakan projek-projek ini antara Tahun Kewangan 2025 dengan 2029.

Pelancaran pelan induk baru ini, yang diadakan di Taman Arca Sengkang diadakan menjelang pilihan raya umum yang dijangka berlaku pada pertengahan 2025.

Semasa pelancaran itu, Anggota Parlimen (AP) GRC Sengkang yang terdiri daripada Cik He Ting Ru, Encik Louis Chua dan Profesor Madya Jamus Lim bersikap berhati-hati ketika ditanya media mengenai rancangan pilihan raya.

Cik He, yang juga pengerusi SKTC, berkata fokus acara pada 5 April mengenai pelan induk lima tahun.

“Apabila kempen pilihan raya bermula nanti, anda akan mendengar daripada kami, mendengar juga daripada parti,” tambahnya.

Ditanya sama ada ketiga-tiga daripada mereka akan menjadi sebahagian daripada pasukan WP yang bertanding di kawasan empat anggota itu, Encik Chua berkata dalam bahasa Mandarin:

“Tidak kira sama ada kami, atau parti lain, memenangi GRC Sengkang, saya percaya Majlis Bandaran Sengkang akan terus beroperasi seperti biasa.”

Encik Chua, yang juga merupakan Naib Pengerusi SKTC, menambah:

“Saya tidak boleh mengatakan sama ada projek-projek yang telah diumumkan dan diluluskan akan dilaksanakan. Tetapi ini adalah perkara yang patut dilakukan oleh majlis perbandaran.”

Pengurus hartanah kanan di Majlis Perbandaran Aljunied-Hougang, Encik Abdul Muhaimin Abdul Malik, 35 tahun, turut menghadiri pelancaran tersebut.

Beliau dijangka mengisi kekosongan dalam senarai WP Sengkang, namun enggan memberi komen apabila dihampiri.

Pengurus hartanah kanan di Majlis Perbandaran Aljunied-Hougang, Encik Abdul Muhaimin Abdul Malik (berbaju biru gelap), dilihat beramah tamah dengan penduduk di Kedai Makanan Koufu di 263 Compassvale Street pada 5 April. Beliau turut ditemani Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP) GRC Sengkang, Encik Louis Chua (dua dari kanan).
Pengurus hartanah kanan di Majlis Perbandaran Aljunied-Hougang, Encik Abdul Muhaimin Abdul Malik (berbaju biru gelap), dilihat beramah tamah dengan penduduk di Kedai Makanan Koufu di 263 Compassvale Street pada 5 April. Beliau turut ditemani Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP) GRC Sengkang, Encik Louis Chua (dua dari kanan). - Foto ST

Walaupun Cik He tidak dapat menyatakan bila kerja-kerja rejuvenasi ini akan selesai, beliau menambah penduduk Sengkang akan dapat menikmati beberapa penambahbaikan lain menerusi pelan induk itu dalam masa terdekat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg