Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Teroka kerjasama antara belia S’pura dengan belia di Baitulmakdis, Ramallah bantu Gaza

Nov 6, 2025 | 10:35 PM
Cik Hazlina (barisan depan, lima dari kanan) bergambar bersama jemaah umrah dari Singapura di perkarangan Kubah al-Sakhrah (Dome of the Rock) semasa lawatan kerja ke Baitulmakdis. Turut berada dalam gambar ialah  (barisan depan, empat dari kiri) Wakil Singapura ke Penguasa Palestin, Encik Hawazi Daipi.
Cik Hazlina (barisan depan, lima dari kanan) bergambar bersama jemaah umrah dari Singapura di perkarangan Kubah al-Sakhrah (Dome of the Rock) semasa lawatan kerja ke Baitulmakdis. Turut berada dalam gambar ialah (barisan depan, empat dari kiri) Wakil Singapura ke Penguasa Palestin, Encik Hawazi Daipi. - Foto Ihsan ASHRAF ABU SNEINEH

Hubungan yang dijalin semasa lawatan ini diharap boleh membuka laluan untuk warga Singapura, terutama belia, untuk bekerjasama dengan belia di Baitulmakdis, Ramallah dan Gaza dalam usaha membina semula kehidupan di wilayah tersebut, kata Anggota Parlimen (AP) Cik Hazlina Halim

Cik Hazlina, yang sebelum ini berkecimpung dalam sektor khidmat sosial berkata beliau berhasrat memainkan peranan meneroka peluang bagi belia warga Singapura memberi sumbangan yang bermakna Gaza.

“Kami akan terus mendekati warga Singapura yang telah mengemukakan harapan mereka untuk memainkan peranan dalam usaha membangun semula Gaza dan usaha bantuan lain kerana kami percaya pada usaha melakukan perkara yang betul,” kata Cik Hazlina.

Cik Hazlina, yang menganggotai Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi Pertahanan dan Ehwal Luar berkongsi pandangan demikian semasa bercakap kepada media dari Singapura di Baitulmakdis pada 6 November.

Beliau telah menyertai rombongan yang diketuai oleh Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan yang mengadakan lawatan kerja ke Wilayah Palestin dan Israel antara 3 hingga 6 November.

Turut menyertai rombongan itu ialah seorang lagi AP, Encik Yip Hon Weng, yang turut menganggotai GPC yang sama sebagai pengerusi.

Encik Yip berkata lawatan itu membolehkan Singapura berkongsi pandangan dengan kededua Palestin dan Israel dan beliau tersentuh dengan hujah terus terang yang dikongsi oleh mereka.

“Walaupun Israel dan Palestin begitu jauh dari Singapura, kami tetap dapat mengadakan hubungan baik dan berkongsi pandangan masing-masing,” ujar beliau.

Menambah, Encik Yip berkata beliau dan Cik Hazlina telah berpeluang untuk bertemu dengan beberapa pertubuhan bukan pemerintah dan kini akan meneroka peluang bekerjasama melebihi keperluan bantuan kemanusiaan.

Ini termasuk dalam bidang kesihatan, teknologi, keusahawanan dan inovasi, ujar beliau.

“Saya berharap dengan adanya hubungan baru yang terjalin ini, kita akan berpeluang untuk saling membantu dan bekerjasama terutama dalam kalangan golongan muda dan belia,” ujar beliau. 

Dalam pada itu, Cik Hazlina berkata beliau berkesempatan bertemu dan berinteraksi dengan sekumpulan jemaah umrah dari SIngapura yang semasa melawat Masjid Al-Aqsa dan Kubah al-Sakhrah.

Mereka telah memberinya kata-kata sokongan dan perangsang apabila mendapat tahu beliau sedang mengikuti rombongan lawatan kerja menteri ke Baitulmakdis dan Israel, kata Cik Hazlina.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg