Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Vivian: Tiada maklumat terkini mengenai siasatan Meta

Apr 15, 2025 | 4:51 PM
Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, berkata tiada maklumat terkini mengenai siasatan Meta terhadap satu hantaran kontroversial di Facebook yang dimuat naik oleh mantan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Calvin Cheng, pada 15 April.
Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, berkata tiada maklumat terkini mengenai siasatan Meta terhadap satu hantaran kontroversial di Facebook yang dimuat naik oleh mantan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Calvin Cheng, pada 15 April. - Foto ST

Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, berkata pada 15 April tiada maklumat terkini mengenai siasatan syarikat Meta terhadap hantaran kontroversial di Facebook yang dimuat naik mantan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Calvin Cheng.

Akaun Dr Balakrishnan didapati telah memberi tanda “like” (suka) pada satu catatan Facebook oleh Encik Cheng, yang mencadangkan agar sekumpulan aktivis dihantar ke Gaza, selagi mereka tidak kembali ke Singapura. Catatan yang dibuat pada 13 Mac itu mengundang kritikan ramai.

Pada 2 April, Dr Balakrishnan berkata beliau tidak memberi tanda “like” pada pos tersebut, sambil menambah bahawa beliau tidak berkongsi pandangan yang disuarakan Encik Cheng.

Dr Balakrishnan juga berkata beliau telah mengambil langkah untuk meningkatkan keselamatan akaun Facebooknya.

Pada hari yang sama, setiausaha akhbarnya mengesahkan bahawa laporan telah dibuat dengan syarikat induk Facebook, Meta, berhubung aktiviti yang tidak dibenarkan itu, dan siasatan sedang dijalankan.

Mengulas mengenai perkara itu sekali lagi semasa satu taklimat media pada 15 April, Dr Balakrishnan mengulangi bahawa tiada sebarang maklumat terkini daripada Meta.

Namun, beliau mengambil kesempatan itu untuk menggariskan kepentingan sifat sopan dalam wacana awam.

“Singapura adalah sebuah masyarakat yang kecil, pelbagai dan terbuka. Akan sentiasa ada perbezaan perspektif dan pendapat.

“Apa yang penting adalah, ketika kita menyuarakan perbezaan ini, mesti ada rasa hormat, mesti ada kesopanan, dan mesti ada kesedaran bahawa kita semua berada dalam perjalanan ini bersama-sama,” ujar Dr Balakrishnan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg