Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga S’pura keluar undi meski hujan lebat

Sebahagian pengundi mula beratur sejam sebelum 1,240 pusat undi serata negara dibuka pada 8 pagi
May 3, 2025 | 11:10 PM
polling station, Hari Mengundi, 8 pagi, GE2025
Orang ramai dilihat mula beratur sekitar sejam sebelum 1,240 pusat mengundi di serata negara dibuka pada 8 pagi.  - Foto ST

Hujan yang turun dengan kilat dan guruh sabung-menyabung di beberapa daerah di Singapura pada pagi 3 Mei tidak menghalang rakyat daripada keluar awal untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025).

Orang ramai dilihat mula beratur sekitar sejam sebelum 1,240 pusat mengundi di serata negara dibuka pada 8 pagi.

Menurut Jabatan Pilihan Raya (ELD), sebanyak 92.47 peratus atau 2,429,281 membuang undi pada GE2025 pada 3 Mei apabila pusat mengundi ditutup pada 8 malam.

Ia termasuk 42,829 undi ditolak.

Awal dari itu, sekitar tengah hari, seramai 1,261,449 warga Singapura telah membuang undi.

Ini membentuk sekitar 48 peratus daripada sejumlah 2,627,026 warga berusia sekurang-kurangnya 21 tahun yang layak mengundi.

Warga yang datang mengundi termasuk pasangan yang datang membawa anak-anak kecil, rakyat yang mengundi buat kali pertama dan pasangan yang mencuri masa untuk membuang undi semasa majlis perkahwinan mereka.

GE2025 melihat kembalinya rapat fizikal buat kali pertama sejak 2015, selepas pandemik Covid-19 mengehadkan kempen pada 2020.

Pilihan raya kali ini menyaksikan kempen sembilan hari yang sengit, dengan keputusan bagi 92 daripada 97 kerusi Parlimen ditentukan pada Hari Mengundi.

Hanya pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Marine Parade-Braddell Heights menang tanpa bertanding pada Hari Penamaan Calon pada 23 April.

Ia merupakan kali pertama keadaan sedemikian berlaku sejak 2011.

Persaingan di beberapa kawasan undi telah menarik perhatian rakyat semasa tempoh berkempen.

Antaranya ialah persaingan empat penjuru di GRC Tampines, yang menyaksikan Parti Pekerja (WP), Parti Perpaduan Nasional (NSP) dan Parti Kuasa Rakyat (PPP) mencabar PAP yang menang di kawasan undi itu sejak ia dibentuk pada 1988.

Warga yang mengundi sebelum petang, termasuk Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, yang tiba di pusat mengundi bagi GRC Tanjong Pagar di Dewan Sukan MOE (Evans) sekitar tengah hari dengan ditemani isterinya.

Sekitar 5 petang, peratusan warga yang telah keluar mengundi naik ke sekitar 82 peratus.

Presiden Tharman Shanmugaratnam, dilihat tiba di Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang sekitar 5.30 petang untuk mengundi dengan ditemani isterinya, Puan Jane Ittogi.

Sekitar 6.30 petang, Ketua Pembangkang yang juga Setiausaha Agunng WP, Encik Pritam Singh, dilihat menghantar bungkusan makanan kepada ejen mengundi di Jalan Tenaga di bawah GRC Aljunied pada sekitar 6.30 petang.

Selepas pusat mengundi ditutup pada 8 malam, kotak undi ditutup di hadapan calon dan ejen mereka, sebelum dihantar dengan iringan polis ke pusat pengiraan undi.

Di pusat itu, kotak-kotak tersebut hanya dibuka di bawah penyeliaan.

Sementara itu, orang awam dan penyokong parti yang bertanding dalam GE2025 mula dilihat memasuki lima pusat perhimpunan bagi mengikuti perkembangan perkiraan undi selepas undi ditutup.

Stadium – Bedok, Bukit Gombak dan Yio Chu Kang – diperuntuk bagi PAP, Stadium Serangoon untuk WP dan Stadium MOE (Evans) untuk Parti Demokratik Singapura (SDP).

Ratusan penyokong WP turut dilihat berkumpul di kedai kopi di Blok 322, Hougang Avenue 5 – tempat berkumpul tradisional bagi penyokong parti itu semasa pilihan raya lalu.

Ramai dalam kalangan mereka dilihat membawa ketuk besi boleh kembung dan meniup wisel.

Semasa GE2020, keputusan rasmi terakhir bagi kawasan undi yang dipertandingkan diumumkan sekitar 3.45 pagi, sehari selepas Hari Mengundi pada 10 Julai 2020.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg