Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

WP, PAP bersaing sekali lagi di Sengkang

Apr 23, 2025 | 3:04 PM
Cik Bernadette Giam, Profesor Madya Dr Elmie Nekmat, Cik Theodora Lai, Encik Lam Pin Min, calon PAP,GRC Sengkang
Calon PAP bagi GRC Sengkang (dari kiri) Cik Bernadette Giam, Profesor Madya Dr Elmie Nekmat, Cik Theodora Lai dan Encik Lam Pin Min. - Foto ST

Pasukan Parti Pekerja (WP) akan bersaing sekali lagi dengan pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) untuk menguasai GRC Sengkang.

Pasukan parti pembangkang itu terdiri daripada tiga anggota sedia ada iaitu Cik He Ting Ru, Profesor Madya Jamus Lim dan Encik Louis Chua, dan satu muka baru iaitu Encik Abdul Muhaimin Abdul Malik.

Pasukan PAP pula diketuai mantan Menteri Negara Kanan, Dr Lam Pin Min, dan terdiri daripada tiga muka baru iaitu Cik Theodora Lai, Profesor Madya Dr Elmie Nekmat, dan Cik Bernadette Giam.

GRC Sengkang dibentuk pada 2020 dan ditawan WP dalam pilihan raya umum pada tahun sama dengan kemenangan tipis 52.12 peratus.

Ia antara sembilan kawasan undi yang tidak mengalami perubahan sempadan bagi GE2025.

GRC Sengkang merupakan GRC empat anggota dengan 126,641 pengundi.

Sekitar 30 peratus penduduk Sengkang terdiri daripada golongan dewasa bekerja berumur antara 26 dengan 45 tahun dan 28 peratus berumur 46 hingga 65 tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg