Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Zaqy: Peranan diplomat penting dalam perkukuh kemampanan S’pura

Jun 11, 2025 | 4:52 PM
Zaqy Mohamad, diplomat, Kor Diplomatik
Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad (tiga dari kanan), bersama wakil daripada Kor Diplomatik semasa lawatan ke Pusat Sains Makanan Nasional (NCFS) pada 10 Jun, di mana beliau menekankan peranan penting seorang diplomat dalam menjalin hubungan strategik antara Singapura dengan negara lain. - Foto FACEBOOK ZAQY MOHAMAD

Peranan seorang diplomat adalah penting dalam menjalin hubungan strategik antara Singapura dengan negara lain.

Malah, hubungan yang terjalin antara kededua pihak merupakan kunci utama dalam memajukan kepentingan nasional, khususnya dalam bidang kemampanan menerusi maklumat dan analisis yang dikumpul.

Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad, menekankan perkara tersebut dalam satu hantaran di Facebook selepas melawat Pusat Sains Makanan Nasional (NCFS) pada 10 Jun sempena inisiatif Ayuh Hijau SG atau Go Green SG.

Lawatan tersebut turut disertai oleh wakil-wakil daripada Kor Diplomatik, yang diberi taklimat mengenai peranan NCFS di bawah naungan Agensi Makanan Singapura (SFA).

Antara yang diketengahkan termasuk usaha penyelidikan, penilaian risiko, serta diagnosis makmal yang dijalankan bagi memastikan keselamatan makanan di negara ini.

Encik Zaqy turut menekankan cabaran yang semakin ketara terhadap jaminan makanan akibat perubahan iklim.

“Risiko keselamatan dan kestabilan bekalan makanan terus berubah mengikut kesan perubahan iklim.

“Namun begitu, kemajuan dalam inovasi makanan membuka peluang baru untuk memperkukuh daya tahan sistem makanan mampan dalam memenuhi keperluan sejagat,” tambah beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg