Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pope Francis di S’pura: Penutupan jalan di Bangunan Parlimen, NUS

Sep 11, 2024 | 5:34 PM
Beberapa jalan akan ditutup sempena lawatan Pope Francis ke Singapura
Beberapa jalan akan ditutup sempena lawatan Pope Francis ke Singapura - Foto fail

Beberapa jalan berhampiran Bangunan Parlimen, Pusat Budaya Universiti di Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Hab Sukan Singapura akan ditutup pada waktu tertentu dari 11 hingga 14 September kerana lawatan Pope Francis.

Dalam catatan Facebook pada 9 September, Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata hanya kenderaan yang diberi kebenaran, polis dan kenderaan kecemasan akan dibenarkan masuk sepanjang tempoh jalan itu tidak dapat dilalui orang ramai.

Pegawai polis bantuan dan pegawai keselamatan akan ditempatkan di persimpangan yang terjejas untuk membantu dan mengarahkan pemandu.

Kelewatan trafik dijangka berlaku di sepanjang High Street, Hill Street dan North Bridge Road di sekitar Bangunan Parlimen.

Pemandu di sepanjang Stadium Boulevard, Stadium Crescent, Stadium Drive, Stadium Place, Stadium Road dan Stadium Walk di sekitar Hab Sukan Singapura juga dijangka mengalami kelewatan, serta mereka yang melalui Clementi Road, Kent Ridge Crescent dan Lower Kent Ridge Road di sekitar Pusat Budaya Universiti NUS.

Pemandu kenderaan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka lebih awal, dan orang ramai yang melakukan perjalanan di kawasan itu digalakkan menggunakan pengangkutan awam.

Mereka yang melalui Supreme Court Lane, St Andrew’s Road, Old Parliament Lane, Connaught Drive dan Cole Street atau ke arah premis seperti Mahkamah Agung, Galeri Nasional Singapura, The Adelphi, The Arts House, Teater Victoria dan Dewan Konsert, Muzium Tamadun Asia dan Kelab Kriket Singapura dinasihatkan untuk masuk sebelum atau selepas tempoh penutupan.

Polis berkata sekatan letak kereta di jalan yang terjejas akan dikuatkuasakan dengan ketat, dan kenderaan yang didapati meletak kenderaan secara haram atau menyebabkan halangan akan ditarik.

Orang ramai boleh menghubungi penganjur di papalvisit2024@catholic.org.sg untuk pertanyaan lanjut.

Tempat, jalan dan lorong berikut akan ditutup dalam tempoh masa berikut:

Parliament House (ditutup dari 7.30 pagi hingga 12 tengah malam pada 12 September)

– Dua lorong kiri di High Street (antara tiang lampu 4 dengan simpang dengan North Bridge Road)

Hab Sukan Singapura (ditutup dari 8 pagi hingga 9 malam pada 12 September)

– Lorong kiri jalan raya Stadium Drive ke arah Stadium Road (antara tiang lampu 46F dengan 48F)

– Lorong kiri jalan raya Stadium Drive ke arah Stadium Road (antara tiang lampu 53F dengan 56F)

Pusat Budaya Universiti NUS (dari 11.59 malam pada 11 September hingga 8 malam pada 12 September)

– Lorong paling kanan Clementi Road ke arah Commonwealth West Avenue (antara tiang lampu 46 dengan 50)

– Lorong kiri Kent Ridge Crescent ke arah College Link (antara tiang lampu 50 dengan 52F)

– Lorong paling kiri Clementi Road ke arah Westcoast Highway (antara tiang lampu 53 dengan 51/1

– Kent Ridge Crescent (antara persimpangan dengan Clementi Road dan persimpangan dengan College Link)

– Engineering Drive 1 (antara persimpangan dengan Kent Ridge Crescent dan persimpangan dengan Engineering Drive 3)

– Conservatory Drive

– Estate Office Drive

Pusat Budaya Universiti NUS (ditutup dari 12 tengah hari hingga 8 malam pada 12 September)

– Engineering Drive 1 ke arah Kent Ridge Crescent (antara tempat letak kereta 2A pintu masuk dan keluar)

Pusat Budaya Universiti NUS (ditutup dari 11.59 malam pada 13 September hingga 5 pagi pada 14 September)

– Lorong paling kiri Clementi Road ke arah Westcoast Highway (antara tiang lampu 473S1 dengan 51/1)

– Lorong kiri jalan susur Expresswe Ayer Rajah (AYE) ke arah Clementi Road (antara tiang lampu 473S1 dengan 473S3)

– Engineering Drive 1 ke arah Kent Ridge Crescent (antara tempat letak kereta 2A pintu masuk dengan keluar)

– Lorong paling kanan Clementi Road ke arah Commonwealth West Avenue (antara tiang lampu 46 dengan 50).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg