Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Potret rasmi Presiden Tharman, isteri siap untuk diambil mulai 8 Jan

Jan 3, 2024 | 6:41 PM
SUDAH SIAP: Potret rasmi Presiden Tharman Shanmugaratnam dan isterinya, Cik Jane Ittogi, akan siap untuk diambil antara 8 Januari hingga 1 Mac ini untuk digantung di tempat awam seperti sekolah dan bangunan pemerintah.
SUDAH SIAP: Potret rasmi Presiden Tharman Shanmugaratnam dan isterinya, Cik Jane Ittogi, akan siap untuk diambil antara 8 Januari hingga 1 Mac ini untuk digantung di tempat awam seperti sekolah dan bangunan pemerintah. - Foto PEJABAT PRESIDEN

Potret rasmi Presiden Tharman Shanmugaratnam dan isteri, Cik Jane Ittogi, akan siap untuk diambil antara 8 Januari hingga 1 Mac untuk digantung di tempat awam seperti sekolah dan bangunan pemerintah.

Menurut kenyataan Pejabat Presiden pada 3 Januari, tiada sebarang kos dikenakan bagi potret tidak berbingkai yang disediakan itu.

Pertubuhan yang memerlukan potret tersebut boleh membaca garis panduan dan mengisi borang permintaan yang boleh dimuat turun dari laman https://www.istana.gov.sg/The-President/Presidents-Portrait-and-Insignia/Portrait, dan e-mel ke istana_feedback@istana.gov.sg.

Setelah diluluskan, pertubuhan akan menerima e-mel pengakuan. Mereka yang akan mengambil potret tersebut mesti membawa salinan e-mel dan borang permintaan yang lengkap ke Galeri Warisan Istana di Taman Istana yang terletak di Dhoby Ghaut.

Waktu pengambilan adalah antara 9.30 pagi dan tengah hari, dan 1.30 tengah hari dan 5.30 petang, dari Isnin hingga Jumaat, kecuali pada cuti umum.

Menurut laman sesawang Istana, potret itu mesti dipaparkan sebagai sepasang, dengan potret Presiden Tharman di sebelah kiri.

Kedua-dua potret mesti dibingkai dan digantung pada ketinggian yang sama dan tiada gambar, lambang atau notis lain harus diletakkan di atas atau di sebelahnya.

Tempat yang boleh dipamerkan termasuk kawasan yang biasa dikunjungi orang ramai dan tempat urusan rasmi dijalankan, contohnya di poliklinik, hospital, bank, antara lain.

Potret tidak boleh dipamerkan di tempat di mana permainan dan hiburan berlangsung atau di mana makanan dan minuman dihidangkan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg