Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Sultan Oman temu Presiden Tharman, PM Lee di Istana

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sultan Oman temu Presiden Tharman, PM Lee di Istana

Dec 14, 2023 | 06:23 PM



Sultan Oman, Sultan Haitham Bin Tarik bertemu Presiden Tharman Shanmugaratnam berikutan upacara sambutan istiadat di Istana pada 14 Disember.

Beliau, yang berada di Singapura bagi lawatan tiga hari dari 13 hingga 15 Disember, juga telah bertemu Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam pertemuan berasingan.

Ini adalah lawatan negara pertama Oman ke Singapura dan lawatan negara pertama yang dihoskan oleh Encik Tharman sebagai Presiden.

Semasa pertemuan Sultan Haitham dengan Encik Tharman, kedua-dua pemimpin itu menegaskan semula hubungan mesra antara Singapura dengan Oman.

“Kedua-dua pemimpin membincangkan cara untuk meningkatkan kerjasama dua hala dalam bidang seperti tenaga hijau, perdagangan dan pelaburan, latihan teknikal dan vokasional, serta mempromosikan pertukaran budaya,” kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada 14 Disember.

Encik Tharman juga telah mengadakan Majlis Jamuan Negara sebagai penghormatan untuk Sultan Haitham. 

Sementara itu, Encik Lee dan Sultan Haitham juga telah mengalu-alukan momentum baik dalam pertukaran dua hala serta penganjuran Dialog Strategik Singapura – Oman yang julung kali diadakan pada Disember 2022.

MFA juga berkata kedua-dua pemimpin turut bertukar pandangan mengenai perkembangan geopolitik serantau dan antarabangsa.

Dua Memorandum Persefahaman (MOU) juga telah dimeterai yang bakal menyaksikan kedua-dua negara bekerjasama dalam bidang kebudayaan dan belia, serta pembangunan ekonomi.

Di samping itu, Sultan Haitham diberi penghormatan dengan satu hibrid anggerik baru, Dendrobium H.M. Sultan Haitham bin Tarik, dinamakan sempena namanya.

Sultan Haitham akan bertemu Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong pada 15 Disember. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >