Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PR S’pura tanpa permit masuk semula sah, diberi 6 bulan untuk mohon

Sep 29, 2025 | 7:16 PM
penduduk tetap, PR, ica, enam bulan
Pada masa ini, Penduduk Tetap (PR) yang berada di luar Singapura tanpa permit kemasukan semula yang sah akan kehilangan status PR mereka. - Foto fail

Mulai 1 Disember, Penduduk Tetap (PR) Singapura yang meninggalkan negara tanpa permit kemasukan semula yang sah akan diberi tempoh sekitar enam bulan untuk memohon permit tersebut sebelum kehilangan status PR mereka.

Pada masa ini, PR yang berada di luar Singapura tanpa permit kemasukan semula yang sah akan kehilangan status mereka.

Mereka diberi tempoh sebulan selepas tamat tempoh permit untuk memohon permit baru bagi memulihkan status PR, lapor The Straits Times (ST).

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) telah membenarkan beberapa PR yang terlepas tarikh akhir untuk mendapatkan semula status mereka, jika mempunyai alasan munasabah, seperti jika mereka dimasukkan ke hospital di luar negara, kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada 29 September.

Namun, ini bermakna mereka akan kehilangan status PR antara tamatnya permit kemasukan semula dengan pemulihan status mereka, tambah kementerian itu.

“Proses ini menimbulkan ketidakpastian mengenai status PR individu dan faedahnya, dari masa individu tersebut kehilangan status PR sehingga kelulusan permohonan permit kemasukan semula,” kata MHA.

PR diberikan dua jenis permit iaitu permit kemasukan apabila mereka pertama kali menerima status PR, yang membolehkan mereka memasuki dan menetap di Singapura; dan permit kemasukan semula dengan tempoh sah yang tetap, yang membolehkan mereka memasuki semula Singapura selepas meninggalkan negara untuk sementara waktu.

Walaupun status PR tidak ada tamat tempoh, permit kemasukan semula sah untuk tempoh sehingga lima tahun.

Mulai 1 Disember, PR yang berada di luar Singapura tanpa permit kemasukan semula diberi 180 hari untuk memohon sebelum kehilangan status PR, kata MHA.

Tempoh 180 hari bermula dari 1 Disember atau tarikh di mana PR tersebut pertama kali berada di luar Singapura tanpa permit yang sah.

“Ini adalah tempoh di mana PR boleh mengesahkan semula status mereka dan mengesahkan sama ada mereka ingin terus menjadi PR, dengan memohon permit kemasukan semula,” kata MHA.

Mereka boleh mengekalkan status PR mereka jika permohonan permit kemasukan semula mereka dikemukakan dalam tempoh 180 hari dan diluluskan.

Jika permohonan permit kemasukan semula ditolak dalam tempoh ini, mereka akan kehilangan status PR pada hari selepasnya.

Jika tidak memohon dalam 180 hari, status PR akan hilang pada hari selepas tempoh tamat.

Ini terpakai sama ada individu tersebut masih berada di luar negara atau telah kembali ke Singapura, kata MHA.

“Dengan proses baru ini, tiada lagi peluang untuk pemulihan status PR selepas seseorang kehilangan status tersebut.

“Individu yang kehilangan status PR boleh memohon PR baru, jika layak,” tambahnya.

Sepanjang tempoh 180 hari, individu akan kekal sebagai PR dan masih dibenarkan memasuki Singapura jika mereka memenuhi penilaian biasa ICA walaupun tanpa permit kemasukan semula yang sah.

Individu itu akan diberikan pas kemasukan tunggal PR, kata MHA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg