Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perry Ng kini PR S’pura, selangkah lebih dekat sarung jersi Singa

Mar 21, 2025 | 9:29 PM
Pemain bek kanan Cardiff City, Perry Ng, mengumumkan melalui Instagramnya bahawa beliau telah mendapat status penduduk tetap (PR) di Singapura.
Pemain bek kanan Cardiff City, Perry Ng, mengumumkan melalui Instagramnya bahawa beliau telah mendapat status penduduk tetap (PR) di Singapura. - Foto INSTAGRAM BUSTERNG

Pemain bek kanan Cardiff City, pasukan yang bermain dalam Liga Kejuaraan England, Perry Ng, semakin dekat untuk menyarung jersi pasukan bola sepak nasional Singapura selepas menerima status penduduk tetapnya (PR) pada 21 Mac.

Berkongsi demikian di Instagramnya pada hari yang sama, pemain berusia 28 tahun itu dilihat berdiri di luar bangunan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Kallang Road, dan dengan bangga menunjukkan kad pengenalan birunya yang tertera nama Ng Perry Tian Hee.

“Halo Singapura, saya telah mengambil langkah pertama untuk menyarung jersi merah.

“Saya agak penat akibat jet lag (perjalanan jauh), tetapi saya sangat teruja dan saya akan berjumpa dengan anda semua tidak lama lagi,” kata Ng.

Ng tiba di Singapura dari England pada 18 Mac untuk berlatih dengan pasukan Singa semasa tempoh rehat antarabangsa, lapor The Straits Times.

Walaupun beliau tidak dapat disertakan dalam skuad bagi perlawanan persahabatan antara Singapura dengan Nepal pada 21 Mac dan Kelayakan Piala Asia menentang Hong Kong pada 25 Mac – yang kededuanya akan diadakan di Stadium Negara – status PR Ng akan mempermudah usahanya mendapatkan kewarganegaraan Singapura bagi membolehkan beliau bermain dalam pasukan Singa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg