Premium ‘rider’ IP baru dijangka sekurang-kurangnya 30% lebih murah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Premium ‘rider’ IP baru dijangka sekurang-kurangnya 30% lebih murah

Mar 10, 2026 | 3:45 PM

Premium ‘rider’ IP baru dijangka sekurang-kurangnya 30% lebih murah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pelan Perlindungan Insurans Bersepadu, ip, INSURANCE, RIDER
Kesemua tujuh syarikat insurans dijangka melancarkan produk ‘rider’ Pelan Perlindungan Insurans Bersepadu (IP) baru menjelang 1 April bagi mematuhi syarat baru Kementerian Kesihatan (MOH). - Foto fail

Syarikat insurans kesihatan privet kini rancak bersiap sedia untuk melancarkan produk perlindungan insurans tambahan atau ‘rider’ baru.

Mereka mendedahkan pemegang polisi yang menukar skim ‘rider’ bermula 1 April boleh menikmati pengurangan premium sekurang-kurangnya 30 peratus, malah ada syarikat menawarkan potongan sehingga 84 peratus.

Ketujuh-tujuh syarikat insurans dijangka melancarkan produk ‘rider’ Pelan Perlindungan Insurans Bersepadu (IP) baru sebelum 1 April, selaras dengan syarat baru Kementerian Kesihatan (MOH).

Di bawah syarat baru itu, ‘rider’ IP tidak lagi dibenarkan menampung jumlah bayaran sendiri minimum yang ditetapkan MOH.

Ini bermakna pemegang polisi dengan ‘rider’ baru perlu membayar sekurang-kurangnya $1,500 sebelum perlindungan insurans berkuat kuasa.

Selain itu, had pembayaran bersama akan digandakan daripada $3,000 buat masa ini kepada $6,000, justeru pemegang polisi perlu menanggung sebahagian besar bil mereka.

Langkah MOH itu bertujuan menangani kenaikan premium insurans dan kos penjagaan kesihatan privet dengan mewujudkan disiplin dalam penggunaan perkhidmatan kesihatan, terutamanya bagi masalah ringan.

Ini seterusnya akan memperlahankan kadar peralihan pesakit penjagaan kesihatan privet ke sektor awam, yang merawat sebanyak 90 peratus pesakit.

Semakan awal oleh The Straits Times (ST) mendedahkan kebanyakan pelan ‘rider’ sedia ada akan dihentikan kerana tidak menepati syarat baru MOH.

Hanya dua pelan dibenarkan untuk terus dijual.

Beberapa syarikat insurans merancang melancarkan ‘rider’ baru pada Mac, sebelum tarikh akhir April.

ST mendapatkan butiran mengenai produk mereka, terutama perbezaan premium yang mungkin dialami pemegang polisi apabila beralih kepada ‘rider’ baru.

MOH berkata pada November 2025 bahawa dengan syarat baru, produk ‘rider’ baru dijangka lebih murah, dengan premium dijangka sekitar 30 peratus lebih rendah berbanding pelan sedia ada dengan perlindungan maksimum.

Bagi yang belum mempunyai ‘rider’, produk baru boleh dibeli semasa pelancarannya.

Sementara itu, pemegang polisi ‘rider’ sedia ada boleh memilih untuk beralih kepada produk lebih murah.

Namun, ia tidak diwajibkan, kecuali jika ‘rider’ mereka dibeli pada atau selepas 27 November 2025.

Prudential Singapore mengesahkan premium rangkaian ‘rider’ IP baru mereka sekurang-kurangnya 30 peratus lebih rendah bagi semua kumpulan umur, malah sebahagian produk menawarkan pengurangan lebih besar.

Maklumat lanjut akan dikeluarkan pada 1 April.

Income Insurance pula akan melancarkan dua ‘rider’ IP baru dengan ciri seperti “pembayaran bersama berperingkat dan manfaat tambahan baru.”

Butiran lanjut akan tersedia di laman web mereka mulai 1 April.

Mengenai perbezaan premium, Income berkata penjimatan puratanya adalah 32 peratus.

“Pengurangan premium sebenar mungkin berbeza bergantung kepada jenis pelan dan umur pemegang polisi,” tambah Ketua Pegawai Pelanggan Income, Encik Dhiren Amin.

Singlife pula akan melancarkan tiga ‘rider’ baru yang dijual bersama tiga pelan asas IP, dengan butiran dikeluarkan pada sekitar akhir Mac.

Premium akan dikurangkan sekurang‑kurangnya 30 peratus bagi semua kumpulan umur, dan pengurangan boleh mencecah sehingga 84 peratus, menurut Ketua Kumpulan Produk Singlife, Cik Helen Shen.

Namun, tidak semua pemegang polisi yang membuat peralihan akan menikmati pengurangan premium sebegitu besar.

“Tahap pengurangan premium berbeza mengikut umur, kerana premium ditetapkan berdasarkan corak penggunaan penjagaan kesihatan setiap kumpulan umur dan kos portfolio tertentu,” jelas Cik Shen.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg