Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Tharman ke AS untuk lawatan kerja

Oct 21, 2024 | 8:12 PM
Presiden Tharman Shanmugaratnam akan ke Amerika Syarikat dari 22 hingga 25 Oktober untuk lawatan kerja.
Presiden Tharman Shanmugaratnam akan ke Amerika Syarikat dari 22 hingga 25 Oktober untuk lawatan kerja. - Foto ZAOBAO

Presiden Tharman Shanmugaratnam akan mengadakan lawatan kerja ke Washington, Amerika Syarikat, dari 22 hingga 25 Oktober.

Menurut satu kenyataan media Istana pada 21 Oktober, lawatan Tuan Presiden termasuk mempengerusikan bersama mesyuarat sulung Majlis Penasihat Peringkat Tinggi Kumpulan Bank Dunia mengenai pekerjaan.

Menurut laporan The Straits Times (ST), Tuan Presiden akan mempengerusikan bersama majlis tersebut untuk tempoh dua tahun, berakhir pada Julai 2026.

Tuan Presiden akan menyertai sesi perbincangan fireside chat dengan pengerusi majlis bersama, Cik Michelle Bachelet, yang juga mantan Presiden Chile, dan Presiden Kumpulan Bank Dunia, Encik Ajay Banga.

Beliau juga akan terlibat dalam acara terbilang yang dianjurkan Bank Dunia dan Suruhanjaya Global mengenai Ekonomi Air, yang dipengerusikan bersama, untuk membincangkan cabaran air di peringkat sejagat.

Selain itu, Tuan Presiden akan bertemu dengan pemimpin kanan pertubuhan antarabangsa, perniagaan dan badan pemikir.

“Beliau juga akan bertemu sekumpulan warga Singapura yang berpangkalan di Amerika,” kata kenyataan itu lagi.

Tuan Presiden akan diiringi pegawai Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Pejabat Presiden semasa lawatannya itu.

Pengerusi Majlis Penasihat Presiden, Encik Eddie Teo, akan melaksanakan tugas Pejabat Presiden sewaktu ketiadaan Tuan Presiden, jelas kenyataan Istana lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg